Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4- Mini kajian tindakan

1) Kaedah Token/Ganjaran

Pengenalan

Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.


2) Teori Burrhus F.Skinner

Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran. Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua bahagian:

a. peneguhan

Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.Peneguhan positif

Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif'

Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

3) Strategi yang digunakan

· Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.

· Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan

· Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
· Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.


1)Kerangka Konsep

Merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklumbalas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:-

•Peta konsep
•Carta aliran
•Carta Tulang Ikan

Seisi sumbangsaran perlu dijalankan untuk mendapatkan input dari ahli-ahli kumpulan penyelidik.




2)Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:

•Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
•Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah tokenKajian ini melihat kaedah token yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

3) Operasional Kajian

•Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.


Input - proses di mana guru memberi penerangan kepada para pelajar di dalam kelas.

Proses - guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah diberikan di dalam kelas. Untuk kaedah token ini, sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul, pelajar akan diberi token sebagai peneguhan.

Output - kaedah Token- Menambah minat, mudah faham, dan penglibatan murid aktif di dalam kelas

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang boleh dibuat ialah:

Penyataan Masalah

1) Sejauhmanakah kaedah token ini mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

2)Sejauhmanakah kaedah token ini dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Tujuan kajian

1)Untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang diajar disekolah

2)Untuk memberikan peneguhan kepada para pelajar, di mana seperti yang kita ketahui para pelajar berkeperluan khas ini amat aktif dan pasif di dalam kelas.

Objektif Kajian

1) Untuk menarik minat pelajar di dalam proses pengajaran dan pengajaran di dalam kelas.

2)Untuk mewujudkan persaingan yang sihat di antara pelajar

3) Untuk menjadikan pelajar berani dengan mencuba untuk menjawab dan bertanya soalan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Aktiviti 11: Pernyataan masalah berdasarkan jurnal

JURNAL 1 TAJUK: ACTION RESEARCH AND DISTRIBUTED PROBLEM-BASED LEARNING IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION

oleh: David McConnell


1. Apakah yang berlaku dalam kumpulan Problem-Based Learning (PBL) apabila diberi tugasan berasaskan masalah dan pengalaman individu untuk diselesaikan masalah dalam kumpulan.
2. Sejauhmanakah perkembangan cara kerja sesebuah kumpulan melalui pembahagian pembelajaran berasaskan masalah dalam kumpulan

JURNAL 2: THE EFFECT OF PICTURE AND PROMPTS ON THE WRITTING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NOTRHRIDGE.

Oleh: Marily Joshua et. al

Pengkaji mendapat pernyataan masalah ini apabila mendapati murid begitu sukar untuk menulis. Proses penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sikap pelajar, kebolehan menulis, topik minat, latar belakang pengetahuan dan pengalaman. Penggunaan gambar pula adalah popular kerana ianya dikatakan dapat menjana idea pelajar. Justeru, pengkaji ingin melihat:

1. Adakah penggunaan gambar dan prompt adalah benar dalam membina kemahiran penulisan murid
2. Sejauhmanakah penggunaan gambar dan prompt memberi kesan kepada proses penulisan pelajar.

JURNAL 3 TAJUK : "IT'S ABOUT THE KIDS": TRANSFORMING TEACHER-STUDENT RELATIONSHIPS THROUGH ACTION RESEARCH

Oleh: Dwight Rogers et. al

Kajian ini dilakukan apabila pengkaji mendapati bahawa

1. Guru kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
2. Pelajar kurang memahami tugas mereka sebagai pelajar
3. Pelajar kurang bersuara di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

Aktiviti 10: Pernyataan masalah berdasarkan buku

Pernyataan masalah dalam buku

Eduacational Inclusion as Action Research an interpretive discourse

oleh: Christine O'Honlan

Dalam melakukan kajian tindakan apa yang dilakukan pertama sekali adalah mengenalpasti pernyataan masalah. Pernyataan masalah merupakan langkah dan peringkat awal. Ianya adalah penting dalam menentukan titik atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan bagi merangka langkah-langkah seterusnya dalam kajian tindakan.

Penentuan dalam mengemukakan pernyataan masalah ataupun persoalan kajian adalah berdasarkan kepada topik dan fokus yang ingin dikaji. Dalam amalan inklusif, pernyataan masalah ditentukan melalui permulaan memikirkan sesuatu masalah dan situasi masalah yang berlaku. Dalam situasi apa pun ia akan menimbulkan persoalan-persoalan tertentu.
Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

Permasalahan kajian dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap persekitaran sekolah khususnya di dalam bilik darjah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat maka, beberapa situasi masalah dapat dikenalpasti dan persoalan-persoalan seterusnya terbentuk iaitu yang tertumpu atau menfokus kepada masalah yang berlaku. Seterusnya, setelah menemukan masalah hasil daripada pemerhatian tersebut, penyelidik mula membuat perbincangan bersama guru lain bagi mendapatkan fokus yang terbaik dan membuat pernyataan masalah yang menjurus kepada fokus tersebut.

Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda. Merefleksikan sejarah profesional anda dan bagaimana nilai-nilai dan minat anda mempengaruhi pilihan topik penyelidikan. Tanya pada diri sendiri, mengapakah amalan inklusif penting bagi saya?, mengapa saya berminat dalam amalan ini dan adakah ia satu minat saya dalam menjalankan latihan ini. Adakah ia bercanggah antara dapat memenuhi tanggapan dan pandangan sebenar inklusif dalam dunia pendidikan.

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?