10 sebab mengapa guru perlu membuat kajian tindakan..
1. Dapat membantu guru dalam menambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif pengajaran yang diingini.
2. Dapat mengetahui kelemahan, mengenalpasti dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam P&P.
3. Dapat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada melalui percambahan idea-idea baru mengikut dunia semasa dengan mewujudkan pendekatan, kemahiran, kaedah dan strategi baru untuk diguna pakai dalam proses P&P.
4. Dapat memperbaiki keadaan dan tingkah laku sosial secara sistematik.
5. Dapat membantu guru meningkatkan minat pelajar melalui penemuan baru penyelidikan terhadap tumpuan dan minat pelajar untuk terus belajar.
6. Dapat menunjukkan sikap guru yang proaktif terhadap perubahan semasa dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan menggambarkan kesediaan guru melakukan perubahan dari semasa ke semasa.
7. Dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif serta dapat melaksanakan tugas secara afektif.
8. Menjadi sumber rujukan dan garis panduan kepada guru sedia ada dan akan datang melalui perkongsian maklumat bersama.
9. Meningkatkan kemahiran seorang guru yang bukan sebagai pendidik tetapi mahir dalam bidang penyelidikan serta dapat berdebatkan mengenai sesuatu polisi melalui hasil kajian yang diperolehi.
10. Meningkatkan mutu dan kualiti seseorang guru yang seterusnya dapat memartabatkan profesion perguruan.