Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4- Mini kajian tindakan

1) Kaedah Token/Ganjaran

Pengenalan

Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.


2) Teori Burrhus F.Skinner

Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran. Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua bahagian:

a. peneguhan

Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.Peneguhan positif

Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif'

Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

3) Strategi yang digunakan

· Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.

· Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan

· Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
· Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.


1)Kerangka Konsep

Merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklumbalas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:-

•Peta konsep
•Carta aliran
•Carta Tulang Ikan

Seisi sumbangsaran perlu dijalankan untuk mendapatkan input dari ahli-ahli kumpulan penyelidik.




2)Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:

•Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
•Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah tokenKajian ini melihat kaedah token yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

3) Operasional Kajian

•Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.


Input - proses di mana guru memberi penerangan kepada para pelajar di dalam kelas.

Proses - guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah diberikan di dalam kelas. Untuk kaedah token ini, sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul, pelajar akan diberi token sebagai peneguhan.

Output - kaedah Token- Menambah minat, mudah faham, dan penglibatan murid aktif di dalam kelas

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang boleh dibuat ialah:

Penyataan Masalah

1) Sejauhmanakah kaedah token ini mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

2)Sejauhmanakah kaedah token ini dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Tujuan kajian

1)Untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang diajar disekolah

2)Untuk memberikan peneguhan kepada para pelajar, di mana seperti yang kita ketahui para pelajar berkeperluan khas ini amat aktif dan pasif di dalam kelas.

Objektif Kajian

1) Untuk menarik minat pelajar di dalam proses pengajaran dan pengajaran di dalam kelas.

2)Untuk mewujudkan persaingan yang sihat di antara pelajar

3) Untuk menjadikan pelajar berani dengan mencuba untuk menjawab dan bertanya soalan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Aktiviti 11: Pernyataan masalah berdasarkan jurnal

JURNAL 1 TAJUK: ACTION RESEARCH AND DISTRIBUTED PROBLEM-BASED LEARNING IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION

oleh: David McConnell


1. Apakah yang berlaku dalam kumpulan Problem-Based Learning (PBL) apabila diberi tugasan berasaskan masalah dan pengalaman individu untuk diselesaikan masalah dalam kumpulan.
2. Sejauhmanakah perkembangan cara kerja sesebuah kumpulan melalui pembahagian pembelajaran berasaskan masalah dalam kumpulan

JURNAL 2: THE EFFECT OF PICTURE AND PROMPTS ON THE WRITTING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NOTRHRIDGE.

Oleh: Marily Joshua et. al

Pengkaji mendapat pernyataan masalah ini apabila mendapati murid begitu sukar untuk menulis. Proses penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sikap pelajar, kebolehan menulis, topik minat, latar belakang pengetahuan dan pengalaman. Penggunaan gambar pula adalah popular kerana ianya dikatakan dapat menjana idea pelajar. Justeru, pengkaji ingin melihat:

1. Adakah penggunaan gambar dan prompt adalah benar dalam membina kemahiran penulisan murid
2. Sejauhmanakah penggunaan gambar dan prompt memberi kesan kepada proses penulisan pelajar.

JURNAL 3 TAJUK : "IT'S ABOUT THE KIDS": TRANSFORMING TEACHER-STUDENT RELATIONSHIPS THROUGH ACTION RESEARCH

Oleh: Dwight Rogers et. al

Kajian ini dilakukan apabila pengkaji mendapati bahawa

1. Guru kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
2. Pelajar kurang memahami tugas mereka sebagai pelajar
3. Pelajar kurang bersuara di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

Aktiviti 10: Pernyataan masalah berdasarkan buku

Pernyataan masalah dalam buku

Eduacational Inclusion as Action Research an interpretive discourse

oleh: Christine O'Honlan

Dalam melakukan kajian tindakan apa yang dilakukan pertama sekali adalah mengenalpasti pernyataan masalah. Pernyataan masalah merupakan langkah dan peringkat awal. Ianya adalah penting dalam menentukan titik atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan bagi merangka langkah-langkah seterusnya dalam kajian tindakan.

Penentuan dalam mengemukakan pernyataan masalah ataupun persoalan kajian adalah berdasarkan kepada topik dan fokus yang ingin dikaji. Dalam amalan inklusif, pernyataan masalah ditentukan melalui permulaan memikirkan sesuatu masalah dan situasi masalah yang berlaku. Dalam situasi apa pun ia akan menimbulkan persoalan-persoalan tertentu.
Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

Permasalahan kajian dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap persekitaran sekolah khususnya di dalam bilik darjah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat maka, beberapa situasi masalah dapat dikenalpasti dan persoalan-persoalan seterusnya terbentuk iaitu yang tertumpu atau menfokus kepada masalah yang berlaku. Seterusnya, setelah menemukan masalah hasil daripada pemerhatian tersebut, penyelidik mula membuat perbincangan bersama guru lain bagi mendapatkan fokus yang terbaik dan membuat pernyataan masalah yang menjurus kepada fokus tersebut.

Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda. Merefleksikan sejarah profesional anda dan bagaimana nilai-nilai dan minat anda mempengaruhi pilihan topik penyelidikan. Tanya pada diri sendiri, mengapakah amalan inklusif penting bagi saya?, mengapa saya berminat dalam amalan ini dan adakah ia satu minat saya dalam menjalankan latihan ini. Adakah ia bercanggah antara dapat memenuhi tanggapan dan pandangan sebenar inklusif dalam dunia pendidikan.

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?

Saturday, November 21, 2009

aktiviti 9: tugasan 4 mini KT

Rangka pelaksanaan

tajuk:
Penggunaan token/ganjaran dalam meningkatkan persaingan pelajar berkeperluan khas

Matlamat

Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam seisi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pemberian token

Objektif kajian

Meneroka
-boleh mencungkil kebolehan dan bakat pelajar
-boleh menjana minda dan idea para pelajar

Menilai
- menilai sikap pelajar sama ada berubah ke arah positif seperti lebih berani dan yakin atau pun tidak
- menilai tahap penglibatan pelajar didalam kelas dimana aktif atau tidak
- menilai tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar kepada sesuatu pengajaran yang dilakukan

Persoalan kajian

1) Adakah penggunaan token dapat merangsang minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Adakah penggunaan token dapat meningkatkan persaingan dalam kalangan pelajar melibatkan diri di dalam kelas.

aktiviti 8: tugasan 4 mini KT

cadangan penambahbaikan

i) pengalaman/refleksi individu

subjek Bahasa Melayu

1) guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
2) guru perlu menjalankan P&P yang lebih kepada kaedah Student centered supaya pelajar terlibat secara langsung dalam P&P
3) guru juga perlu memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas
4) guru perlu memberi peneguhan seperti memberi token kepada pelajar supaya pelajar seronok untuk belajar

subjek Kemahiran Hidup

a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.

b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.


ii) Pengalaman/ refleksi secara berkumpulan

Didalam pasukan, kami telah berbincang dimana untuk kedua-dua subjek iaitu Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu perlu diperkenalkan kaedah token ini supaya dapat menarik minat pelajar dan sekaligus akan memberi persaingan baik diantara pelajar. Pelajar akan berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik diantara mereka.

iii) Pengalaman/refleksi dari pasukan luar

Di luar pasukan pula,untuk kedua-dua subjek ini perlu ada peneguhan supaya pelajar dapat meminati subjek yang diajar

aktiviti 7: tugasan 4 mini KT



i) pengalaman/refleksi individu

Kelemahan subjek Bahasa Melayu

1) Biasanya keadah pengajaran guru lebih kepada teacher centered iaitu guru banyak bercakap daripada pelajar.

2) Guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.

3) Guru lebih banyak menggunakan teknik syarahan ketika memberi penerangan di dalam kelas.

4) Guru tidak banyak menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

5) Guru banyak meminta pelajar menyalin nota tanpa mengetahui bahawa pelajar memahami atau pun tidak.

6) Guru jarang memberi peneguhan kepada pelajar.

kelemahan subjek Kemahiran Hidup

a) Tidak minat

-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.

b) Penerangan tradisional

-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.

c)Tidak diberikan hadiah

-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.


ii) Pengalaman/ refleksi dalam pasukan

guru tidak memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu bab itu. Kadang-kala pelajar terpaksa membayangkan alatan tersebut kerana alatan tersebut tidak berada disekolah. Ini akan menyukarkan pelajar untuk mengingatinya.-guru juga terlalu tradisional memberikan penerangan didalam bilik kemahiran hidup. Kaedah yang digunakan sama setiap kali kelas.

iii) Pengalaman/refleksi dari pasukan luar

Refleksi kelemahan subjek Bahasa Melayu

1) Kadang kala pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

2) Guru hanya terikat dengan penggunaan buku teks dan merujuk buku rujukan yang sama.

3) Guru memulakan pengajaran terus kepada isi pengajaran yang ingin diajar tanpa memulakan dengan set induksi terlebih dahulu.

Refleksi/kelemahan subjek Kemahiran Hidup

Kemahiran yang diajar tidak semestinya diminati semua pelajar. Jika mereka tidak minat, ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak boleh menumpukan perhatian didalam kelas.