Pernyataan masalah dalam buku
Eduacational Inclusion as Action Research an interpretive discourse
oleh: Christine O'Honlan
Dalam melakukan kajian tindakan apa yang dilakukan pertama sekali adalah mengenalpasti pernyataan masalah. Pernyataan masalah merupakan langkah dan peringkat awal. Ianya adalah penting dalam menentukan titik atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan bagi merangka langkah-langkah seterusnya dalam kajian tindakan.
Penentuan dalam mengemukakan pernyataan masalah ataupun persoalan kajian adalah berdasarkan kepada topik dan fokus yang ingin dikaji. Dalam amalan inklusif, pernyataan masalah ditentukan melalui permulaan memikirkan sesuatu masalah dan situasi masalah yang berlaku. Dalam situasi apa pun ia akan menimbulkan persoalan-persoalan tertentu.
Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.
Permasalahan kajian dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap persekitaran sekolah khususnya di dalam bilik darjah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat maka, beberapa situasi masalah dapat dikenalpasti dan persoalan-persoalan seterusnya terbentuk iaitu yang tertumpu atau menfokus kepada masalah yang berlaku. Seterusnya, setelah menemukan masalah hasil daripada pemerhatian tersebut, penyelidik mula membuat perbincangan bersama guru lain bagi mendapatkan fokus yang terbaik dan membuat pernyataan masalah yang menjurus kepada fokus tersebut.
Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda. Merefleksikan sejarah profesional anda dan bagaimana nilai-nilai dan minat anda mempengaruhi pilihan topik penyelidikan. Tanya pada diri sendiri, mengapakah amalan inklusif penting bagi saya?, mengapa saya berminat dalam amalan ini dan adakah ia satu minat saya dalam menjalankan latihan ini. Adakah ia bercanggah antara dapat memenuhi tanggapan dan pandangan sebenar inklusif dalam dunia pendidikan.
Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah
1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment