Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4- Mini kajian tindakan

1) Kaedah Token/Ganjaran

Pengenalan

Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.


2) Teori Burrhus F.Skinner

Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran. Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua bahagian:

a. peneguhan

Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.Peneguhan positif

Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif'

Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

3) Strategi yang digunakan

· Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.

· Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan

· Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
· Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.


1)Kerangka Konsep

Merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklumbalas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:-

•Peta konsep
•Carta aliran
•Carta Tulang Ikan

Seisi sumbangsaran perlu dijalankan untuk mendapatkan input dari ahli-ahli kumpulan penyelidik.




2)Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:

•Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
•Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah tokenKajian ini melihat kaedah token yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

3) Operasional Kajian

•Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.


Input - proses di mana guru memberi penerangan kepada para pelajar di dalam kelas.

Proses - guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah diberikan di dalam kelas. Untuk kaedah token ini, sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul, pelajar akan diberi token sebagai peneguhan.

Output - kaedah Token- Menambah minat, mudah faham, dan penglibatan murid aktif di dalam kelas

No comments:

Post a Comment