Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4- Mini kajian tindakan

1) Kaedah Token/Ganjaran

Pengenalan

Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.


2) Teori Burrhus F.Skinner

Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran. Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua bahagian:

a. peneguhan

Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.Peneguhan positif

Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif'

Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

3) Strategi yang digunakan

· Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.

· Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan

· Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
· Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.


1)Kerangka Konsep

Merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklumbalas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:-

•Peta konsep
•Carta aliran
•Carta Tulang Ikan

Seisi sumbangsaran perlu dijalankan untuk mendapatkan input dari ahli-ahli kumpulan penyelidik.




2)Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:

•Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
•Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah tokenKajian ini melihat kaedah token yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

3) Operasional Kajian

•Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.


Input - proses di mana guru memberi penerangan kepada para pelajar di dalam kelas.

Proses - guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah diberikan di dalam kelas. Untuk kaedah token ini, sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul, pelajar akan diberi token sebagai peneguhan.

Output - kaedah Token- Menambah minat, mudah faham, dan penglibatan murid aktif di dalam kelas

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang boleh dibuat ialah:

Penyataan Masalah

1) Sejauhmanakah kaedah token ini mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

2)Sejauhmanakah kaedah token ini dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Tujuan kajian

1)Untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang diajar disekolah

2)Untuk memberikan peneguhan kepada para pelajar, di mana seperti yang kita ketahui para pelajar berkeperluan khas ini amat aktif dan pasif di dalam kelas.

Objektif Kajian

1) Untuk menarik minat pelajar di dalam proses pengajaran dan pengajaran di dalam kelas.

2)Untuk mewujudkan persaingan yang sihat di antara pelajar

3) Untuk menjadikan pelajar berani dengan mencuba untuk menjawab dan bertanya soalan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Aktiviti 11: Pernyataan masalah berdasarkan jurnal

JURNAL 1 TAJUK: ACTION RESEARCH AND DISTRIBUTED PROBLEM-BASED LEARNING IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION

oleh: David McConnell


1. Apakah yang berlaku dalam kumpulan Problem-Based Learning (PBL) apabila diberi tugasan berasaskan masalah dan pengalaman individu untuk diselesaikan masalah dalam kumpulan.
2. Sejauhmanakah perkembangan cara kerja sesebuah kumpulan melalui pembahagian pembelajaran berasaskan masalah dalam kumpulan

JURNAL 2: THE EFFECT OF PICTURE AND PROMPTS ON THE WRITTING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NOTRHRIDGE.

Oleh: Marily Joshua et. al

Pengkaji mendapat pernyataan masalah ini apabila mendapati murid begitu sukar untuk menulis. Proses penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sikap pelajar, kebolehan menulis, topik minat, latar belakang pengetahuan dan pengalaman. Penggunaan gambar pula adalah popular kerana ianya dikatakan dapat menjana idea pelajar. Justeru, pengkaji ingin melihat:

1. Adakah penggunaan gambar dan prompt adalah benar dalam membina kemahiran penulisan murid
2. Sejauhmanakah penggunaan gambar dan prompt memberi kesan kepada proses penulisan pelajar.

JURNAL 3 TAJUK : "IT'S ABOUT THE KIDS": TRANSFORMING TEACHER-STUDENT RELATIONSHIPS THROUGH ACTION RESEARCH

Oleh: Dwight Rogers et. al

Kajian ini dilakukan apabila pengkaji mendapati bahawa

1. Guru kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
2. Pelajar kurang memahami tugas mereka sebagai pelajar
3. Pelajar kurang bersuara di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

Aktiviti 10: Pernyataan masalah berdasarkan buku

Pernyataan masalah dalam buku

Eduacational Inclusion as Action Research an interpretive discourse

oleh: Christine O'Honlan

Dalam melakukan kajian tindakan apa yang dilakukan pertama sekali adalah mengenalpasti pernyataan masalah. Pernyataan masalah merupakan langkah dan peringkat awal. Ianya adalah penting dalam menentukan titik atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan bagi merangka langkah-langkah seterusnya dalam kajian tindakan.

Penentuan dalam mengemukakan pernyataan masalah ataupun persoalan kajian adalah berdasarkan kepada topik dan fokus yang ingin dikaji. Dalam amalan inklusif, pernyataan masalah ditentukan melalui permulaan memikirkan sesuatu masalah dan situasi masalah yang berlaku. Dalam situasi apa pun ia akan menimbulkan persoalan-persoalan tertentu.
Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

Permasalahan kajian dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap persekitaran sekolah khususnya di dalam bilik darjah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat maka, beberapa situasi masalah dapat dikenalpasti dan persoalan-persoalan seterusnya terbentuk iaitu yang tertumpu atau menfokus kepada masalah yang berlaku. Seterusnya, setelah menemukan masalah hasil daripada pemerhatian tersebut, penyelidik mula membuat perbincangan bersama guru lain bagi mendapatkan fokus yang terbaik dan membuat pernyataan masalah yang menjurus kepada fokus tersebut.

Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda. Merefleksikan sejarah profesional anda dan bagaimana nilai-nilai dan minat anda mempengaruhi pilihan topik penyelidikan. Tanya pada diri sendiri, mengapakah amalan inklusif penting bagi saya?, mengapa saya berminat dalam amalan ini dan adakah ia satu minat saya dalam menjalankan latihan ini. Adakah ia bercanggah antara dapat memenuhi tanggapan dan pandangan sebenar inklusif dalam dunia pendidikan.

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?

Saturday, November 21, 2009

aktiviti 9: tugasan 4 mini KT

Rangka pelaksanaan

tajuk:
Penggunaan token/ganjaran dalam meningkatkan persaingan pelajar berkeperluan khas

Matlamat

Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam seisi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pemberian token

Objektif kajian

Meneroka
-boleh mencungkil kebolehan dan bakat pelajar
-boleh menjana minda dan idea para pelajar

Menilai
- menilai sikap pelajar sama ada berubah ke arah positif seperti lebih berani dan yakin atau pun tidak
- menilai tahap penglibatan pelajar didalam kelas dimana aktif atau tidak
- menilai tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar kepada sesuatu pengajaran yang dilakukan

Persoalan kajian

1) Adakah penggunaan token dapat merangsang minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Adakah penggunaan token dapat meningkatkan persaingan dalam kalangan pelajar melibatkan diri di dalam kelas.

aktiviti 8: tugasan 4 mini KT

cadangan penambahbaikan

i) pengalaman/refleksi individu

subjek Bahasa Melayu

1) guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
2) guru perlu menjalankan P&P yang lebih kepada kaedah Student centered supaya pelajar terlibat secara langsung dalam P&P
3) guru juga perlu memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas
4) guru perlu memberi peneguhan seperti memberi token kepada pelajar supaya pelajar seronok untuk belajar

subjek Kemahiran Hidup

a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.

b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.


ii) Pengalaman/ refleksi secara berkumpulan

Didalam pasukan, kami telah berbincang dimana untuk kedua-dua subjek iaitu Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu perlu diperkenalkan kaedah token ini supaya dapat menarik minat pelajar dan sekaligus akan memberi persaingan baik diantara pelajar. Pelajar akan berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik diantara mereka.

iii) Pengalaman/refleksi dari pasukan luar

Di luar pasukan pula,untuk kedua-dua subjek ini perlu ada peneguhan supaya pelajar dapat meminati subjek yang diajar

aktiviti 7: tugasan 4 mini KT



i) pengalaman/refleksi individu

Kelemahan subjek Bahasa Melayu

1) Biasanya keadah pengajaran guru lebih kepada teacher centered iaitu guru banyak bercakap daripada pelajar.

2) Guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.

3) Guru lebih banyak menggunakan teknik syarahan ketika memberi penerangan di dalam kelas.

4) Guru tidak banyak menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

5) Guru banyak meminta pelajar menyalin nota tanpa mengetahui bahawa pelajar memahami atau pun tidak.

6) Guru jarang memberi peneguhan kepada pelajar.

kelemahan subjek Kemahiran Hidup

a) Tidak minat

-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.

b) Penerangan tradisional

-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.

c)Tidak diberikan hadiah

-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.


ii) Pengalaman/ refleksi dalam pasukan

guru tidak memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu bab itu. Kadang-kala pelajar terpaksa membayangkan alatan tersebut kerana alatan tersebut tidak berada disekolah. Ini akan menyukarkan pelajar untuk mengingatinya.-guru juga terlalu tradisional memberikan penerangan didalam bilik kemahiran hidup. Kaedah yang digunakan sama setiap kali kelas.

iii) Pengalaman/refleksi dari pasukan luar

Refleksi kelemahan subjek Bahasa Melayu

1) Kadang kala pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

2) Guru hanya terikat dengan penggunaan buku teks dan merujuk buku rujukan yang sama.

3) Guru memulakan pengajaran terus kepada isi pengajaran yang ingin diajar tanpa memulakan dengan set induksi terlebih dahulu.

Refleksi/kelemahan subjek Kemahiran Hidup

Kemahiran yang diajar tidak semestinya diminati semua pelajar. Jika mereka tidak minat, ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak boleh menumpukan perhatian didalam kelas.

aktiviti 6: tugasan 4 mini KT

i) Pengalaman dan refleksi secara individu

Kekuatan subjek Bahasa Melayu

1) Subjek bahasa Melayu adalah menggunakan bahasa ibunda yang membolehkan semua pelajar mudah memahami apa yang diajar.
2) Guru memberi penerangan yang jelas
3) Guru banyak memberi latihan dan nota-nota penting kepada pelajar yang membuatkan pelajar tidak ketinggalan.
4) Guru banyak juga menggunakan peta minda di papan hitam bagi memberi gambaran dan memudahkan pemahaman pelajar.
5) Guru melibatkan pelajar main peranan mengikut tajuk-tajuk tertentu seperti belajar sajak, pantun, drama dan sebagainya.

Kekuatan subjek Kemahiran Hidup

a) Diajar kemahiran yang pelbagai

-Kemahiran pelbagai telah diperkenalkan untuk pelajar menguasai kemahiran yang telah diberikan oleh guru

b) Pembelajaran lebih bermakna

-Ini kerana kemahiran yang didapati dan maklumat yang diberikan oleh guru dulu, telah memberikan saya panduan sehingga ke hari ini.

c) Dapat menyelesaikan masalah dengan baik

-Ketika matapelajaran ini diajar disekolah, kami diberikan tugasan dimana kami dikehendaki membuat sesuatu yang luar biasa dari yang lain. Kami telah melakukan projek menggunakan bahan buangan untuk dijadikan bunga, bekas pensel dan lain-lain lagi. Ini memberi kesan kepada saya sehingga ke hari ini supaya bersikap rasional ketika membuat sebarang keputusan.

d) Dapat menjana minda pelajar

-Ini dimaksudkan dengan dimana, apabila diberi bahan terbuang kami dikehendaki mencipta sesuatu yang kreatif. Ini telah menjadikan pelajar sentiasa menjana minda untuk membuat sesuatu yang kreatif.


ii) Pengalaman/refleksi dalam kumpulan

Untuk matapelajaran Kemahiran Hidup terdapat banyak kemahiran telah diterapkan didalam subjek ini. Bukan sahaja kemahiran hidup diajar kemahiran tetapi juga Bahasa Melayu yang turut menggunakan kemahiran tertentu pelh guru. Kemahiran-kemahiran ini boleh diguna pakai sehingga ke hari ini.

iii) Pengalaman/refleksi dari kumpulan lain

Kekuatan subjek Bahasa Melayu

1) Subjek Bahasa Melayu mudah diajar kerana ia merupakan bahasa ibunda yang dipelajari oleh semua pelajar.
2) Penerangan yang jelas diberikan oleh guru terutamanya bagi bahagian yang berformat.

Kekuatan subjek Kemahiran Hidup

Matapelajaran Kemahiran Hidup diajar banyak kemahiran yang boleh digunakan dimasa akan datang. Pengalaman berkaitan kemahiran ini, kebanyakan diajar disekolah ketika waktu Kemahiran Hidup. Dirumah, kita tidak pernah mendapat kemahiran seperti yang diajar disekolah.

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5: Kepentingan Guru Novis Menjalankan Kajian Tindakan

1) Supaya guru dapat meningkatkan mutu amalan yang dilakukan ke arah yang lebih baik lagi sebagai satu langkah untuk memajukan diri.

2) untuk memperbaiki teknik pengajaran agar ia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih aktif.

3) Untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas

4) Meningkatkan dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui pengajaran yang erkesan

5) Sebagai satu langkah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi sama ada melibatkan P&P, pencapaian pelajar atau pun prestasi guru.

6) Memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan cuba mencari penemuan yang terbaru dan terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Aktiviti 4: Cadangan Mini Kajian Tindakan

Tajuk:: Penggunaan token/ganjaran untuk meningkatkan persaingan dalam kalangan pelajar pendidikan khas.

Oleh: Mashitoh Abdullah, Marina Ismail & Norfaslin Sudin

Pengenalan
Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.

Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

Pelaksanaan
1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )
2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )
3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )
4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)
5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.

Kriteria Pemilihan Token
1. Disukai oleh murid.
2. Mencukupi bila diperlukan.
3. Praktis - tidak menyusahkan.
4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.
5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.
6. Tahan lama.

Peryataan masalah:

Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini kerana pengajaran tersebut membosankan mereka. Di samping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sebab memilih tajuk ini ialah:

1.untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang dipelajari.

2.untuk menggalakkan pelajar bertanya di dalam kelas.

3.untuk memberi peluang pelajar untuk menjawab di dalam kelas.

4. untuk menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.

Jadual Pemberian Token
1. Menyiapkan tugasan yang diberi guru 3 Token
2. Menghantar tugasan tepat pada waktunya 3 Token
3. Mengangkat tangan untuk menjawab soalan 2 Token
4. Tugasan yang dibuat sentiasa kemas dan betul 2 Token
5. Tidak menganggu rakan sepanjang pengajaran guru dalam kelas 1 Token

Jadual Penarikan Balik Token
1. Bergaduh di dalam kelas 4 Token
2. Tidak hadir ke sekolah 3 Token
3. Masuk ke dalam kelas lewat 2 Token
4. Menjerit ketika menjawab soalan 2 Token
5. Tertinggal alat tulis di dalam kelas 1 Token

Jadual sewaan alatan
1. Pensel warna 4 Token
2. Pemadam 3 Token3
. Pembaris 2 Token
4. Gunting 2 Token
5. Pengasah pensel 1 Token
6. Pensel 1 Token

Aktiviti 3: kolokium

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR


MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


OLEH:
Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)

Najwa Hayatee Abdullah (P48610)


PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dan menilai sejauhmana pelajar masalah pendengaran dapat menguasai perkataan atau istilah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).


METODOLOGI

Menggunakan model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

1. Perancangan - Guru mula merancang bagaimana caranya untuk memudahkan pelajarberkomunikasi secara lisan

2. Tindakan - Guru melakukan kaedah ‘verbal repeatition’ semasa proses P&P berlaku dengan menjalankan kaedah tersebut berulang kali supaya pelajar dapat memahami dan menyatakan bunyi yang disebut oleh guru.




3. Pemerhatian - Guru mengutip data melalui beberapa cara iaitu pemerhatian, temubual, rakaman video dan diari.

4. Refleksi - Guru membuat penilaian kendiri dan membuat penambahbaikan daripada pemerhatian yang dilakukan.


SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan ke atas 19 orang pelajar.


SETTING KAJIAN

Bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Ibrahim Yaacob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Hasil daripada proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah seperti berikut:

Pemerhatian

1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan
2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru
3. Wujud aktiviti bantu-membantu


Temubual

1. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan.
2. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar.

Rakaman video

1. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan.
2. Pada kitar kedua, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi daripada penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ didapati bahawa adanya peningkatan dari segi keyakinan diri pelajar kerana para pelajar dapat menyebut perkataan dan keadaan ini menunjukkan adanya respon positif dalam kalangan mereka untuk berkomunikasi secara lisan.

PERKONGSIAN ILMU

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana membantu dan melatih pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan. Pelajar masalah pendengaran sebenarnya perlu dilatih untuk berkomunikasi bukan hanya menggunakan bahasa isyarat tetapi melalui tutur kata kerana ada sesetengah mereka yang berupaya menyebut perkataan. Saya juga dapat mengetahui melalui kaedah ‘verbal repeatition’, ia dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan menyebut perkataan dengan betul. Oleh itu, kajian ini memberi input berguna kepada saya kerana kaedah ini amat membantu guru dan pelajar masalah pendengaran dalam proses P&P. Namun, peranan guru amat penting dalam menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan suara dan meningkatkan keyakinan mereka supaya tidak merasa malu untuk bertutur.

Adakah kajian tersebut bersesuaian dengan maksud kajian tindakan?

-Kajian yang telah dilakukan tersebut adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan kerana ia melibatkan usaha penambahbaikan guru dalam kaedah pengajarannya.

Nyatakan sebab kenapa ianya sesuai.



- Ianya dikatakan sesuai disebabkan pada permulaannya pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu pelajar mempunyai keyakinan yang kurang dalam berkomunikasi secara verbal kerana terbisa dengan penggunaan bahasa isyarat sebagai bahasa utama mereka. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart iaitu membuat perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi dalam proses pengajaran dengan mengaplikasikan kaedah verbal repeatation. Bagi pelajar masalah pendengaran, ada dalam kalangan mereka yang boleh mengeluarkan suara sebenarnya mempunyai potensi untuk menyebut perkataan. Jadi melalui kaedah pengulangan perkataan oleh guru ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk mengeluarkan suara dan menyebut perkataan. Secara langsung melibatkan pelajar dengan komunikasi secara seluruh.


MENINGKATKAN MINAT DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’


OLEH:
HALINA BINTI YUSOF (P48588)
NORSYARIAH BINTI SIRUN (P48694)

TUJUAN

Kajian yang telah dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua yang lemah dalam membaca Al-Quran supaya mereka dapat menguasai dan memperbaiki tahap bacaan mereka dengan baik dan lancar.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Mengetahui sejauhmana tahap kebolehan pelajar dalam membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’.

Objektif Khusus
1) Membantu pelajar dapat mengenal huruf-huruf tunggal hijaiyyah dan baris bacaan sebelum membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’.
2) Melahirkan pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan penggunaan kaedah Iqra’ secara berkesan dan praktikal mengikut hukum tajwid.


PERSOALAN KAJIAN

1) Adakah kaedah Iqra’ dapat membantu pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat dan menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih praktikal?
2) Adakah dengan menggunakan kaedah Iqra’ dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan mempelajari Al-Quran?
3) Sejauhmanakah keberkesanan kaedah Iqra’ dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam Al-Quran


METODOLOGI KAJIAN

model kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart telah digunakan sebagai prosedur kajian iaitu melibatkan proses mengenal pasti masalah, merancang, melaksana, pemerhatian dan refleksi.

1. Mengenal pasti masalahPada peringkat awal, guru mengenal pasti masalah yang timbul dalam pembacaan Al-Quran sama ada pelajar boleh membaca atau pun tidak.
2. MerancangGuru merancang cara yang untuk memudahkan pelajar membaca Al-Quran melalui kaedah Iqra’.
3. MelaksanaGuru mula melaksanakan dengan memperkenalkan kaedah Iqra’ kepada pelajar.
4. PemerhatianGuru membuat pemerhatian terhadap pelajar melalui pembacaan dan tindak balas yang diberikan.
5. RefleksiGuru membuat penilaian kendiri melalui pemerhatian dan tindak balas pelajar terhadap kaedah yang digunakan.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1) Pengumpulan data

-pemerhatian - dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana guru telah membuat pemerhatian terhadap tahap bacaan al-Quran pelajar. setiapa hari guru mengadakan bacaan Yasin dan mendapati ada pelajar yang tidak tahu membaca.

-temubual - temubual dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sebelum pelaksanaan kajian dilakukan dan selepas pelaksanaan kajian dilakukan bagi mendapat maklum balas pelajar mengenai kaedah yang digunakan sebelum dan selepas menggunakan kaedah Iqra'.

-ujian bacaan - Ujian bacaan dilakukan selepas pelajar dapat mengusai ayat al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ di mana ia adalah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam pembacaan sama ada kaedah tersebut berkesan dan menarik perhatian atau pun tidak.

2) Penganalisisan data

-pemerhatian - guru mendapati bahawa kaedah tersebut berjaya dilakukan kerana adanya respon positif daripada pelajar. pelajar sudah dapat membaca dengan baik.

- temubual - setelah kajian dilakukan pelajar sudah menunjukkan peningkatan dalam pembacaan Al-Quran dan terdapatnya keyakinan dalam diri pelajar untuk membaca Al-Quran. pelajar juga menunjukkan minat untuk mendalami bacaan Al-Quran.

- ujian bacaan- Ujian bacaan dilakukan menggunakan buku Iqra’ jilid 1-3. Ianya dilakukan bagi
mengetahui penguasaan bacaan pelajar. Daripada ujian yang dilakukan ini menunjukkan bahawa adanya peningkatan tahap bacaan dan melibatkan semua pelajar dapat membaca berbanding sebelum kaedah ini digunakan.

DAPATAN KAJIAN

Kajian telah dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan ujian bacaan dalam kalangan pelajar.

Pemerhatian
1) Tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ bertambah baik.
2) Pelajar dapat mengenal dan menulis huruf –huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.

Temubual
1) Menunjukkan sifat keyakinan apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyyah
2) Minat yang mendalam untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran.
3) Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.

Ujian Bacaan
1) Peningkatan daripada semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
2) Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bacaan huruf hijaiyyah yang tidak bersambung (tunggal)


RUMUSAN/ KESIMPULAN

Sebagai rumusan daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelajar-pelajar tersebut boleh mengenal huruf-huruf tunggal hijaiyyah dan dapat membaca Iqra’ dengan baik dan praktikal. Terdapat peningkatan terhadap bacaan mereka dimana ada sifat yakin diri dan menunjukkan minat yang mendalam untuk membaca al-Quran.

KELEMAHAN KAJIAN

-dari aspek pengumpulan data - pengkaji tidak menggunakan rakaman video atau pun audio bagi membuktikan bahawa adanya peningkatan terhadap tahap bacaan pelajar.


CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN


- Guru perlu mengadakan kelas kemahiran membaca Al-Quran kepada pelajar lemah dan pelajar yang berminat untuk mendalami bacaan Al-Quran.

-Kemudahan tempat atau bilik yang sesuai untuk mengadakan kelas supaya pelajar lebih selesa dan dapat menumpukan perhatian semasa kelas berjalan agar tiada gangguan berlaku.

-Menggunakan buku khat supaya pelajar dapat menulis dan membezakan huruf-huruf hijaiyyah dengan jelas dan mengadakan pertandingan menulis khat atau mengadakan ujian menulis hruf hijaiyah.

-Pendedahan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar khususnya menggunakan CD atau DVD dalam kaedah Iqra’ bagi menarik perhatian pelajar.

-Menggunakan rakaman video atau rakaman audio untuk kajian akan datang.

Adakah kajian tersebut bersesuaian dengan maksud kajian tindakan?

-kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana guru ingin melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam kaedah pengajarannya.

Nyatakan sebab kenapa ianya sesuai..

- Kajian ini adalah sesuai kerana pengkaji telah memperkenalkan kaedah Iqra' dalam pembacaan al-Quran kepada para pelajar. Pengajaran kaedah ini memberi pendedahan asas kepada pelajar untuk mengenali huruf-huruf hijaiyah dengan lebih baik. Kaedah ini merupakan keadah yang dapat menarik minat pelajar kerananya agak mudah dipelajari dan pelajar dapat mengikuti pembacaan al-Quran. Kaedah yang diperkenalkan ini juga meningkatkan tahap penguasaan pembacaan pelajar kerana melalaui hasil yang diperolehi menunjukkan pelajar memberi respon positif.

Aktiviti 2: Abstrak Jurnal


ABSTRAK JURNAL MARINA


Jurnal 1: Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Eduaction

By : David McConnell

Dalam kertas kajian ini, pengkaji menumpukan kepada analisis kerja secara kolaboratif dan pengalaman belajar pelajar yang terlibat dengan memberikan mereka pembelajaran yang berpusatkan masalah iaitu distributed problem-based learning (dPBL) dengan mula menjawab soalan “apakah yang berlaku dalam kumpulan dPBL?”. Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji mengemukakan dua perkara yang mempunyai hubung kait. Permulaan penilaian pembelajaran adalah dengan cara yang mana kumpulan dPBL membangun sepanjang masa kerja mereka. Pengkaji mengemukakan tiga perbezaan, tetapi tahap pembangunan dalam kumpulan adalah serantak iaitu tahap pertama menggambarkan rundingan. Kedua pula adalah pembahagian tugas dan persetujuan berdasarkan aktiviti kajian dan ketiga adalah berkenaan dengan penghasilan atau pun pengeluaran. Kajian kedua adalah untuk melihat bagaimana cara kerja dalam kumpulan secara dalaman dan luaran dapat membangun dan mengekalkan komuniti pelajar. Kaedah dalam kajian ini adalah melibatkan perbincangan secara online, analisis transkrip perbincangan, perbahasan aktiviti dan perkongsian pengeluaran atau produktiviti.

Jurnal 2 (Abstrak): The Effect of Picture and Prompt on the Writing of student in Primary Grades: Action Reseach by Graduate Students at California State University, Northridge.

Oleh: Marily Joshua et.al

Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh 9 orang guru yang mempunyai pengalaman rata-ratanya adalah selama 6 tahun (1 hingga 15 tahun). Ianya melibatkan kajian tindakan yang mengkaji tentang kesan atau pengaruh penggunaan gambar dalam penulisan murid. Seramai 165 murid terlibat iaitu seramai 83 orang lelaki dan 82 orang perempuan yang terdiri daripada murid tadika hingga gred 2. Data telah menunjukkan bahawa apabila guru memilih tugasan penulisan sebagai satu cara untuk murid mengembangkan penulisannya, penting untuk mereka tahu sama ada menggunakan ‘prompt’ sahaja atau ‘prompt’ berpasangan dengan gambar akan lebih memberi manfaat. Bagi murid yang muda, mungkin murid bahasa kedua, gambar akan membantu kemahiran menulis dan melukis. Walaubagaimana pun, selepas tadika, gambar yang digabungkan bersama ‘prompt’ tidak member kesan positif terhadap penulisan mereka. Guru sebagai pengkaji telah member kesimpulan bahawa walaupun gambar akan memberi konteks dan maklumat latar belakang untuk murid di peringkat semua umur, ia akan menyekat kreativiti mereka. Ini adalah dapatan yang tidak diduga kerana faktor penentu adalah pengalaman dan pengetahuan bahasa Inggeris mereka.


Jurnal 3: “It’s about the Kids”: Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research

By: Dwight Rogers et.al

Kajian tindakan adalah sering kali termasuk dalam program pengajaran guru untuk memperbaiki refleksi dan latihan guru. Melalui kajian ini ia memberi tanda yang menunjukkan kesan ke atas pelajar. Artikel ini merupakan penilaian penulis terhadap kajian tindakan yang telah dilakukan oleh 114 guru berpenagalaman yang mengambil sarjana dalam pendidikan. Guru-guru tersebut terdiri daripada pelbagai bidang disiplin dan tahap. Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan, penulis mendapati bahawa kajian tindakan yang dilakukan oleh guru ini adalah untuk mengkaji tiga perkara utama iaitu apabila guru mendapati bahawa kuranganya hubungan interpersonal dengan pelajar, pelajar yang kurangnya memahami tugas meraka sebagai pelajar dan pelajar yang kurang bersuara di dalam kelas. Penulis telah mengemukakan tiga masalah ini melalui beberapa contoh kajian yang telah dijalankan.
ABSTRAK JURNAL NORFASLIN SUDIN
Jurnal 1:Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom
Oleh:(Lynn CohenLong Island University, C.W. Post and Katherine Byrnes Great Neck Public Schools)
Kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan perbendaharaan kata dalam lisan, komunikasi dan bertulis semasa menyediakan penulisan dalam seharian kanak-kanak di sekolah. Kajian ini juga melihat cara yang paling bagus perlu digunakan untuk meningkatkan mutu penggunan perbendaharaan kata di sekolah. Tidak seperti cara yang lama dimana guru mengajar tentang perbendaharaan kata melalui kaedah syarahan dan menyuruh mereka membaca apa yang ada didalam buku tersebut. Tapi melalui kaedah tindakan ini, guru meminta mereka membaca dengan kuat supaya guru dapat membetulkan kesalahan mereka dan guru mengalakkan kaedah bercerita didalam kelas supaya perbendaharaan kata mereka baik. Mereka akan belajar 6 perkataan baru setiap hari supaya penulisan mereka bertambah baik. Dari perkataan yang diberi, pelajar akan cuba untuk membuat ayat dan kemudian membaca dengan kuat apa yang ditulis oleh mereka.
Jurnal 2:Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice
Oleh: (Katherina A’Connor, H. Carol Greene & Patricia J. Anderson)
Kajian tindakan ialah alat atau bahan untuk menolong guru atau tenaga pengajar untuk mendapat strategi pengajaran yang bersesuaian ketika mengajar (Sagor, 2004). Melalui kajian tindakan, terdapat perubahan yang positif seperti peningkatan cara pengajaran guru, refleksi kendiri dan meningkatkan keseluruhan pengajaran didalam kelas(Ferrance, 2000,Johnson & Button at el). Kajian ini lebih bermakna kepada guru kerana guru itu sendiri yang membuat kajian terhadap kelas mereka sendiri.
Jurnal 3: Action Research in the Secondary Science Classroom: Student response to Differentiated, Alternative Assessment.
Kajian dibuat bedasarkan matapelajaran Sains di sekolah dimana guru menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka didalam kelas. Seperti cara tradisional, guru menganalisis masalah disekolah dan kemudiaan menyelesaikannya untuk diguna pakai untuk masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi kegemaran pelajar ini tentang subjek sains. Di dalam kajian ini, guru-guru berpengalaman turut serta dan bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam pengajaran sains.
ABSTRAK JURNAL MASHITOH BINTI ABDULLAH
Jurnal 1 : Collaborative Learning Enhances Critical Thinking
Oleh : Anuradha A. Gokhale
Jurnal ini menulis tentang konsep pembelajaran kolaboratif secara berkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat akademik yang telah banyak dikaji sebelumm ini. Istilah pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar merangkumi pelbagai tahap. Pembelajaran kolaboratif menjadikan pelajar aktif dalam penukaran idea di kalangan kumpulan kecil bukan sahaja dapat meningkatkan minat tetapi dapat juga memperkenalkan cara pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Kebanyakan kajian banyak dialakukan di sekolah, namun kajian ini akan menjelaskan penggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif di peringkat kolej pula.
Jurnal 2 : Using Point-of-View Video Modelling to Teach Play to Preschoolers With Autisme
Oleh : Jeffrey F. Hine dan Mark Wolery
Menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video untuk mengajar kanak-kanak prasekolah autisme bermain. Kajian ini mengukur keberkesanan menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video dalam mengajar menggunakan kemahiran-kemahiran bermain permainan yang dipilih kepada dua orang pelajar prasekolah yang autisme. Model-model yang ditunjukkan ini melibatkan rakaman video dan tanpa rakaman video. Kajian ini melihat sejauh mana perspektif kanak-kanak apabila melihat sesuatu dan seterusnya melakukan kemahiran yang disasarkan. Pengkaji menggunakan pelbagai cara terhadap dua kanak-kanak ini berdasarkan dua tingkahlaku untuk menilai kesan sudut pandangan yang ditunjukkan yang diperolehi oleh kanak-kanak dan menyelenggarakan tindakan bermain. Mereka menggunakan kaedah yang digeneralisasikan untuk menilai tahap di mana para peserta menggunakan kemahiran baru dan permainan baru semasa aktiviti bilik darjah. Hasilnya menunjukkan bahawa mode sudut pandangan yang ditunjukkan adalah alat yang berkesan untuk pengajaran bermain kepada pelajar prasekolah dengan autisme.
Jurnal 3 : Direct Instruction With Playfull Skill Extention
Oleh : Jean M Keaton
Kaedah pengajaran secara langsung telah ditemui untuk memperkenalkan kebolehan membaca dan menulis dalam membangunkan pembaca. Sama juga pentingnya, srategi pembelajaran yang membolehkan anak-anak untuk membina pengetahuan melalui penyertaan antif akan meningkatkan motivasi mereka untuk membaca dan menulis. Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah untuk meninjau keberkesanan pangajaran secara langsung dengan berjenaka yang dikaitkan dalam membangunkan penulisan dan pembacaan di tadika. Objektif projek ini adalah untuk menghubungkan amalan-amalan yang bersesuaian pengajran arahan langsung. Pendekatan yang sistematik tentang StrategiPembelajaran Bantuan Penelitian (PALS) telah diikuti dengan hanya menggunakan pelajaran-pelajaran yang diarahkan oleh guru, bermain mengikut pembelajaran PALS secara menyeluruh yang diintegrasikan bagi mengekalkan minat kanak-kanak serta memberi motivasi untuk mereka belajar. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar yang awalnya menunujukkan prestasi yang rendah dalam menyebut sebutan yang dubaca dan prestasi menulis telah m encapai peningkatan yang terbaik dalam mengenalpasti huruf dan bunyi dan dalam mengaplikasi pengetahuan huruf dan bunyi untuk menjadikan ejaan tepat dalam penulisan. Pelajar-pelajar tadika yang tinggi ketingggian dalam keupayaan membaca menjadikan pencapaian yang lebih baik dengan memperkenalkan perkataan yang dilihat.

Aktiviti 1: Maksud Kajian Tindakan

Buku 1 : Educational Inclusion as Action Research an interpretive discourse

By : Christine O’Hanlon

Kajian tindakan merupakan:

1. Proses menghimpun dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat perubahan dan meningkatkan amalan pendidikan di sekolah, organisasi pendidikan dan institusi pendidikan.

2. Ia juga melibatkan perkembangan profesional pengetahuan kendiri dan melibatkan ciptaan teori atau kaedah pengkaji tentang pengajaran dan pembelajaran.

3. Ia juga merupakan satu bentuk penemuan diri, pembangunan diri dan pemahaman diri.

KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

1.Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
2.Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
3.Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)