Showing posts with label TUGASAN. Show all posts
Showing posts with label TUGASAN. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

jurnal 1 TAJUK: ACTION RESEARCH AND DISTRIBUTED PROBLEM-BASED LEARNING IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION

By : David McConnell

Kajian ini adalah satu penyelidikan tindakan yang telah dilakukan oleh David McConnell mengenai pembahagian pembelajaran berasaskan masalah. Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) ini adalah untuk menilai pelajar yang dapat bekerja dalam pengagihan kumpulan belajar kecil dan berunding dalam kalangan mereka dengan fokus kepada masalah.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk menilai sejauhmana perkembangan sesebuah kumpulan melalui pembahagian pembelajaran berasaskan masalah dalam kumpulan. Ianya juga adalah untuk melihat apakah yang berlaku dalam kumpulan PBL tersebut.

SAMPEL KAJIAN

Kajian dilakukan ke atas 7 orang pelajar iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan.

PROSIDUR KAJIAN

Melalui kajian yang telah dilakukan, dengan pengkaji telah membuat kajian berdasarkan tugasan dalam kumpulan di mana berlakunya perbincangan forum yang dikendalikan melalui internet menggunakan Web-ICT.

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

1) transkrip- pengkaji telah menggunakan transkripsi daripada perbincangan pelajar melalui web perbincangan mereka.

2) temubual- perjumpaan secara face-to-face dilakukan setelah pelajar menyiapkan tugasan mereka.

Analisis data

1) Analisis secara menyeluruh dilakukan melalui transkripsi yang diperolehi daripada perbincangan mereka.

-Penyelidik membaca transkrip untuk memahami kerja kumpulan dan mendalami data tersebut. Analisis awal termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan perkongsian idea, pendedahan, perancangan untuk sesi perbualan, rumusan untuk sesi perbualan, pengeluaran dokumen, perbincangan dokumen, perbincangan amalan profesional, perkongsian sumber, pengeluaran perancangan waktu kerja dan sebagainya.

-penyelidik membuat nota dalam lebih kurang 20 muka surat dengan menggunakan tulisan tangan
-menulis isu dengan lebih detail
-menggariskan isu yang menarik

2) Analisis secara kategori

-penyelidik telah merangka secara kategori dengan membuat nota
-cuba mencari bukti untuk menyokong setiap kategori
-membaca sekali lagi
-menulis nota sekali untuk lebih jelas mengikut kategori.

3) Analisis melalui persembahan carta

-penyelidik membuat rumusan dengan menggambarkan perjalanan perbincangan kumpulan PBL tersebut melalui carta


DAPATAN

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa setiap ahli kumpulan menunjukkan perkembangan positif dalam gerak kerja mereka. perkembangan yang berlaku ini dapat dilihat melalui beberapa fasa iaitu iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3.

1) Fasa pertama- rundingan antara ahli iaitu memperlihatkan adanya kerja kumpulan secara kolaboratif yang meningkat dan melibatkan semua ahli iaitu menyiapkan tugasan bersama. Mereka berunding dan menyelidik masalah, membuat jadual untuk kumpulan, memulakan tugas atau kerja dan menyusun semula jadual berdasarkan pengalaman dan bukti terbaru.

2) Fasa pertengahan- mencirikan organisasi oleh kumpulan itu sendiri dalam 3 sub-kumpulan di mana setiap ahli dalam sub-kumpulan terlibat khususnya bahagian penyelidikan masalah yang diberi.setiap sub-kumpulan memberi fokus dan sumbangan untuk menyiapkan kerja.

3) Fasa akhir- merupakan ciri pengeluaran di mana kumpulan tersebut dapat menyelesaikan masalah dan setiap ahli memberi komen masing-masing.

Melalui kajian yang telah dijalan didapati bahawa pelajar yang terlibat dalam kumpulan menunjukkan perkembangan positif di mana adanya penglibatan semua pelajar dalam menyelesaikan masalah yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan setiap pelajar yang terlibat saling berkomunikasi dan memberi idea masing-masing.



Jurnal 2: THE EFFECT OF PICTURE AND PROMPTS ON THE WRITTING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NOTRHRIDGE

BY : Marily Joshua et.al

Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji bersama beberapa rakan lain iaitu untuk mengkaji kesan penggunaan gambar dan ‘prompts’ dalam penulisan murid sekolah rendah. Terdapat 9 orang guru yang rata-ratanya mempunyai pengalaman selama 6 tahun mengajar terlibat dalam penyelidikan ini.

PERNYATAAN MASALAH

Secara umumnya, penulisan adalah sukar dilakukan oleh murid. Namun, proses penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai kaedah dan strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menggalakkan murid-murid menghasilkan sebuah penulisan. Oleh itu, pengkaji ingin melihat sejauh manakah penggunaan gambar dalam penulisan adalah benar. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat sejauh manakah teknik penggunaan gambar ini berguna dalam proses penulisan dalam kalangan murid.

SAMPEL KAJIAN

Seramai 165 orang murid iaitu 83 orang lelaki dan 82 orang perempuan murid tadika hingga gred 2 telah menjadi sampel dalam kajian ini.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merujuk kepada pencapaian pelajar dalam penghasilan penulisan dengan menggunakan gambar dan ‘prompt’ . Melalui penulisan yang dilakukan oleh murid ini pengkaji telah menggunakan gambar yang biasa dan serupa serta penggunaan gambar yang berwarna untuk memudahkan murid mengecam objek yang dipaparkan. Selain itu turut menggunakan ‘prompt’ lisan. Bold

PROSEDUR KAJIAN

1) mengenalpasti masalah
-guru mendapati terdapat kesukaran untuk meminta murid menulis

2) perancangan
-guru mula merancang melalui kajian lepas menyatakan bahawa penggunaan gambar dapat menimbulkan idea dan murid akan berfikir untuk menulis tentang apa yang dilihat melalui gambar. Jadi guru merancang menggunakan gambar dan prompt dalam penulisan murid. gambar berwarna digunakan iaitu gambar strawberi dan tembikai.

3) tindakan
-seterusnya, menjalankan ujian penulisan ke atas murid

4) Pemerhatian
-guru seterusnya, memerhati tindak balas murid menggunakan dua jenis kaedah tersebut.

5) Refleksi
-membuat refleksi terhadap ujian penulisan yang dibuat dan hasil yang diperolehi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

-Pengumpulan data telah dilakukan melalui hasil ujian penulisan murid.

-guru telah menganalisis data dengan memeriksa hasil penulisan murid. Guru telah mengambil kira beberapa item iaitu dari segi kualiti penulisan, jumlah abjad, jumlah perkataan dan kualiti gambar itu sendiri. Guru juga turut melihat dari sudut makna yang dihasilkan oleh murid. Guru telah menganalisisnya mengikut kategori-kategori tertentu hasil daripada penulisan murid iaitu mengikut kualiti menulis dan bilangan perkataan yang ditulis.

DAPATAN


Paparan dapatan telah dapat dilihat melalui carta pai yang telah dibuat iaituBold adanya peratusan murid yang menggunakan gambar dan prompt, menggunakan prompt sahaja dan terdapat juga peratusan murid yang tidak mengalami apa-apa perubahan. Melalui dapatan yang diperolehi didapati bahawa sebanyak 25% murid mendapat skor tinggi menggunakan ‘prompt’ sahaja. Manakala sebanyak 34% murid mendapat skor tinggi telah menggunakan gabungan gambar dan ‘prompt lisan. walaubagaimanapun, secara umumnya ia tidak menunjukkan peningkatan dan perubahan dalam penulisan mereka.


jurnal 3 TAJUK : "IT'S ABOUT THE KIDS": TRANSFORMING TEACHER-STUDENT RELATIONSHIPS THROUGH ACTION RESEARCH

BY : DWIGHT ROGERS et.al

PENGENALAN

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah untuk meningkatkan refleksi dan interaksi antara guru dan pelajar dengan menggunakan beberapa pendekatan yang berkesan. Kajian ini dilakukan oleh guru yang berlainan disiplin dan tahap.

PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan apabila pengkaji mendapati bahawa
i) kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
ii) pelajar kurang memahami tugas mereka sebagai 'learner"
iii) pelajar kurang bersuara di dalam kelas

SAMPEL KAJIAN

Melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi (dinyatakan secara umum)

SETTING KAJIAN

Kajian telah dilakukan di sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi Amerika dengan menjalankan kajian pada setiap sesi pengajaran.

METODOLOGIBold

Kajian dilakukan oleh 3 orang pengkaji yang berbeza iaitu Rachel, Jim dan Silvia di sekolah yang berlainan melalui temubual kepada pelajar, temubual bersama ibu bapa pelajar, survey minat pelajar dan memberi latihan menulis serta ilustrasi.

PENGUMPULAN DATA DAN ANALISA DATA:

Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melibatkan 3 orang pengkaji di sekolah yang berbeza, iaitu dibuat oleh Rachel, Jim dan Silvia.

i) Soal selidik (survey) - minat dan kebolehan pelajar terhadap seni
ii) Aktiviti latihan menulis setiap hari
iii) Temubual - dibuat secara individu dengan membincangkan pemilihan penulisan dan ilustrasi
iv) Menyedia dan mengedarkan soalan aneka pilihan kepada pelajar

DAPATAN

Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa guru lebih mengambil berat tentang pelajar, dapat mengetahui minat pelajar dan melalui kajian yang telah dijalankan ini juga menunjukkan adanya peningkatkan dari segi hubungan baik dengan pelajar. Pelajar juga sudah berani bersuara untuk memberi jawapan, mengemukakan pendapat dan idea mereka.


Persamaan dan perbezaan

Jurnal 1 adalah kajian di mana pengkaji lebih kepada menggunakan pendekatan problem based-learning. Pengkaji ingin melihat sejauhmana contribution pelajar dan apakah yang berlaku dalam aktiviti kumpulan kerja yang dibentuk. Pengkaji telah memperkenalkan sistem dalam talian iaitu secara online dengan mewujudkan satu laman web khas untuk pelajar membuat perbincangan mereka tentang kerja atau tugas yang diberikan. Bagi jurnal 2, pengkaji telah mengenalpasti bahawa sukar untuk guru meminta pelajar menulis. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan ujian untuk melihat perkembangan menulis murid dengan penggunaan gambar dan prompt. Jurnal 3 pula adalah lebih kepada kajian untuk meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru kerana guru mendapati kurangnya hubungan interpersonal antara meraka mereka sehingga menyebabkan pelajar kurang berkeyakinan untuk bersuara ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Justeru, bagi mendekati pelajar guru telah menggunakan kaedah latihan, temubual dan soal selidik.

Setting kajian dijalankan juga berbeza iaitu jurnal 1 adalah tertumpu kepada pelajar universiti. Jurnal 2 pula adalah murid sekolah rendah dan jurnal 3 adalah pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi.

Dari segi pengumpulan data pula bagi jurnal 1 menunjukkan kelainan iaitu mengumpul data melalui transkrip perbincangan kumpulan PBL dan melalui temubual antara pelajar. bagi jurnal 2 pula adalah melalui hasil penulisan murid di mana ujian penulisan dijalankan dan guru telah membuat penilaian melalui penulisan tersebut. Manakal jurnal 3 pula menggunakan teknik mengumpul data secara soal selidik, temubual dan hasil kerja pelajar.

Hasil dapatan juga turut menunjukkan perbezaan di mana jurnal 1 dan jurnal 3 adalah menunjukkan peningkatan dan perubahan yang positif. Namun, bagi jurnal 2 tidak menunjukkan perubahan ketara sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan.

TUGASAN I: ULASAN BUKU


EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH an interpretive discource
By: Christine O’Hanlon

Apa itu kajian tindakan?

Menurut O’Honlan, kajian tindakan adalah

1) Merupakan proses menghimpun dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat
perubahan dan meningkatkan amalan pendidikan di sekolah dan organisasi serta institusi
pendidikan.
2)Ia juga melibatkan perkembangan profesional tentang pengetahuan diri dan melibatkan
ciptaan teori atau kaedah pengkaji tentang pengajaran dan pembelajaran.
3) Merupakan satu bentuk penemuan diri, pembangunan diri dan pemahaman diri.
4) Merupakan transformasi peribadi melalui penggunaan kaedah atau metodologi yang
praktikal untuk melakukan pembaharuan pengajaran. Namun, ianya tidak akan menjadi
pembaharuan tanpa adanya idea dan perancangan oleh orang yang membawa pembaharuan
tersebut.

- Bagi pendapat Kincheloe (1991) dalam buku ini menyatakan bahawa kajian tindakan adalah
suatu tuntutan kuasa yang membenarkan penyelidik melakukan sesuatu kajian ke arah
proses penambahbaikan.

- Apa yang diperkatakan oleh O’Hanlon ini mempunyai persamaan dengan pendapat Johnson
(1993) yang telah dikemukakan dalam jurnal Using Action Research to Implement the
National Geography Standards: Teachers as Researchers
oleh Sarah Witham. Beliau
menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan guru yang cuba mengeluarkan idea
(tindakan) di dalam kelas bagi meningkatkan pengetahuan mereka (kajian) dan memperbaiki
kurikulum, pengajaran dan pembelajaran pelajar.

- Begitu juga dalam jurnal yang berjudul Changes in Vision: Teachers Engaging in Action Research oleh Susan Warnen et.al telah mengemukakan bahawa kajian tindakan
membenarkan guru dalam profesionnya meningkatkan kebijaksanaan melalui kajian yang
dilakukan.

- Selain itu menurut buku lain juga turut mempunyai persamaan dengan pendapat dalam buku ini. Menurut buku Passionate Enquiry and School Development : A Story About Teacher Action Research oleh Marion Dadds iaitu ada mengatakan bahawa kajian tindakan merupakan sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri.
- Dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan ini adalah satu proses yang mana ianya dilakukan untuk meningkatkan lagi amalan harian, memperbaiki dan menambahbaikan fenomena dan masalah yang berlaku di sekitar bidang pendidikan. Guru sebagai penyelidik memainkan peranan penting dalam menjalankan proses kajian yang melibatkan pengeluaran idea untuk membawa pembaharuan dalam fenomena yang dihadapi. Secara tidak langsung penyelidik dapat menilai amalana mereka dan berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam profesion mereka.

Mengapa guru melakukan kajian tindakan?

- Sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah yang berlaku di dalam bilik darjah.
- Melakukan kajian sebagai bukti yang rasional untuk berubah dan mempertimbangkan
tindakan untuk memperbaiki keadaan atau situasi yang tidak memuaskan.
- Memperbaiki kualiti pendidikan dan latihan sosial khusus untuk pendidikan inklusif.
- Membina perkongsian untuk membuka minda individu atau masyarakat.
- Membentuk kemahiran yang dapat meningkatkan kefahaman tentang sekolah dan kerumitan
yang berlaku dalam bilik darjah.
- Dapat menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif terhadap isu-isu pengajaran dalam
pendidikan.

Bila guru melakukan kajian tindakan..

- Guru melakukan kajian tindakan bermula dengan memikirkan situasi masalah yang menjadi
satu keperluan atau tugas sebagai persediaan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.

- Apabila mendapat permasalahan kajian, penyelidikan dan tindakan seterusnya dilakukan
untuk memperbaiki atau membuat penambahbaikan.

Kajian yang dilakukan adalah di dalam kelas dan sekolah iaitu menfokuskan kepada pelajar inklusif.
Model reka bentuk kajian
-Refleksi
-Mengumpul data
-Refleksi
-Merancang
-Refleksi
-Bertindak
-Refleksi
-Menilai
Pengumpulan dan penganalisisan data
1. Soal selidik dan temubual
2. Pemerhatian
3. Jurnal dan autobiografi
4. Merekod
5. Perbincangan
Teknik pengumpulan data
1. Pemantauan/pemerhatian
- guru sebagai penyelidik memainkan peranan utama dalam memantau untuk mengumpulkan bukti dan meransang tindakan. Pemantauan tersebut boleh dilakukan secara terbuka dan seterusnya menfokus kepada satu perkara. Ianya perlu dirancang dan dilakukan dengan teknik-teknik tertentu seperti membuat rakaman.
2. fieldnotes
- merupakan catatan yang diambil daripada pemanatauan guru yang mengandungi maklumat penting.
3. Menggunakan statistik
- pengumpulan data dapat dilakukan secara kuantitatif atau pembuktian melalui angka yang dapat melihatnya secara jelas. Biasanya melibatkan ujian terhadap pelajar bagi mengukur tahap pencapaian mereka.
4. Triangulation
- merupakan teknik yang melibatkan kepelbagaian perspektif iaitu pemerolehan data dari pelbagai individu seperti menggunakan perspektif pelajar, guru dan sebagainya.
5. Temubual
-temubual merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada individu di mana ia dapat dilakukan melalui dua cara iaitu secara formal atau struktur dan secara tidak formal atau tidak berstruktur. Teknik secara formal adalah perlu dijalankan secara terancang dengan menyediakan soalan bertulis dan biasanya ditempat tertutup. Bagi temubual secara informal pula ianya masih terancang namun lebih bebas.
- selain itu, terdapat lagi teknik lain seperti kajian kes, fokus kajian, dan soal selidik.
Teknik Penganalisisan Data
penganalisisan data merupakan satu proses yang perlu dijalan oleh setiap pengkaji di mana melalui proses ini pengkaji akan lebih memahami dan mengetahui lebih jelas lagi apa diperolehi kerana ianya adalah melibatkan bukti. Antara teknik analisis yang boleh digunakan adalah:
1. Data yang diperolehi diteliti secara keseluruhan di mana di mana ia melibatkan penetapan kategori data dengan meneliti semula dan seterusnya membahagikan data tersebut kepada kategori-kategori tertentu.

2. Menganalisis melalui proses sumbangsaran. Melalui draf yang pertama kita boleh membuat refleksi mengenai data yang diperolehi dengan menyemaknya semula. Kita perlu menyemak dengan melihat data mana yang diperlukan atau pun tidak dan seterusnya menyemak kembali dan membuat senarai rangka kerja.

3. Menganalisis data secara perbincangan iaitu data yang diperolehi dibincangkan dalam kumpulan penyelidikan iaitu melibatkan proses perbincangan merumuskan dan menjelaskan dapatan yang diperolehi.

4. Mempersembahkan data iaitu hasil dapatan yang diperolehi dapat dipersembahkan melalui beberapa bentuk seperti jadual, graf, carta dan sebagainya.
Etika dalam Penyelidikan
1) Perlu menunjukkan model yang baik untuk membentuk sosial yang demokratik dan inklusif dalam perkembangan pelajar.

2) Menghormati setiap orang yang terlibat dalam kajian, menerima pandangan antara satu sama lain dan berkomunikasi secara bebas dan jujur dalam memberi idea dan mencadangkan tindakan.

3) Menuntut sebuah wacana yang bertujuan untuk memberi ekspresi bebas dan model penyertaan adalah melibatkan keadilan dan kepercayaan.

4) Setiap projek penyelidikan yang baik adalah yang melibatkan penyertaan aktif dalam amalan profesional di mana ia bergantung kepada pembentukan sebuah kod etika yang perlu diterapkan sejak awal.

Antara kod etika yang perlu dipatuhi oleh penyelidik ketika menjalankan pemerhatian dan temubual adalah.

1) Meminta kebenaran sekolah dan guru terlebih dahulu.

2) Perlu membuat rundingan dengan sekolah dan guru mengenai kaedah kajian yang ingin dijalankan.

3) Perlu meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum mengambil data mengenai anak mereka.

4) Guru perlu mengetahui maklumat mengenai pemerhatian dan temubual yang dijalankan.

5) Sebarang bentuk rakaman video, rakaman suara atau pengambilan gambar perlu dibuat rundingan dengan peserta dan pihak sekolah.

Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

OLEH:

Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)



PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dan menilai sejauhmana pelajar masalah pendengaran dapat menguasai perkataan atau istilah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

METODOLOGI

Menggunakan model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

1. Perancangan - Guru mula merancang bagaimana caranya untuk memudahkan pelajar
berkomunikasi secara lisan

2. Tindakan - Guru melakukan kaedah ‘verbal repeatition’ semasa proses P&P berlaku dengan
menjalankan kaedah tersebut berulang kali supaya pelajar dapat memahami dan menyatakan bunyi yang disebut oleh guru.

3. Pemerhatian - Guru mengutip data melalui beberapa cara iaitu pemerhatian, temubual, rakaman video dan diari.

4. Refleksi - Guru membuat penilaian kendiri dan membuat penambahbaikan daripada pemerhatian yang dilakukan.

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan ke atas 19 orang pelajar.


SETTING KAJIAN

Bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Ibrahim Yaacob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Hasil daripada proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah seperti berikut:

Pemerhatian
1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan
2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru
3. Wujud aktiviti bantu-membantu

Temubual

1. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan.
2. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar.

Rakaman video
1. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan
menyebut istilah perkataan.
2. Pada kitar kedua, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas.


IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi daripada penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ didapati bahawa adanya peningkatan dari segi keyakinan diri pelajar kerana para pelajar dapat menyebut perkataan dan keadaan ini menunjukkan adanya respon positif dalam kalangan mereka untuk berkomunikasi secara lisan.


PERKONGSIAN ILMU

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana membantu dan melatih pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan. Pelajar masalah pendengaran sebenarnya perlu dilatih untuk berkomunikasi bukan hanya menggunakan bahasa isyarat tetapi melalui tutur kata kerana ada sesetengah mereka yang berupaya menyebut perkataan. Saya juga dapat mengetahui melalui kaedah ‘verbal repeatition’, ia dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan menyebut perkataan dengan betul. Oleh itu, kajian ini memberi input berguna kepada saya kerana kaedah ini amat membantu guru dan pelajar masalah pendengaran dalam proses P&P. Namun, peranan guru amat penting dalam menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan suara dan meningkatkan keyakinan mereka supaya tidak merasa malu untuk bertutur.

TUGASAN 3

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

MENINGKATKAN MINAT DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’

OLEH:
HALINA BINTI YUSOF (P48588)
NORSYARIAH BINTI SIRUN (P48694)


PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah Iqra’ dapat membantu para pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat untuk menguasai bacaan al-Quran. Selain itu, ia juga untuk melihat sejauhmana kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan mempelajari al-Quran serta keberkesanan kaedah ini dalam membantu pelajar lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam al-Quran.

METODOLOGI KAJIAN
model kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart telah digunakan sebagai prosedur kajian iaitu melibatkan proses mengenal pasti masalah, merancang, melaksana, pemerhatian dan refleksi.

1. Mengenal pasti masalah
Pada peringkat awal, guru mengenal pasti masalah yang timbul dalam pembacaan Al-Quran sama ada pelajar boleh membaca atau pun tidak.

2. Merancang
Guru merancang cara yang untuk memudahkan pelajar membaca Al-Quran melalui kaedah Iqra’.

3. Melaksana
Guru mula melaksanakan dengan memperkenalkan kaedah Iqra’ kepada pelajar.

4. Pemerhatian
Guru membuat pemerhatian terhadap pelajar melalui pembacaan dan tindak balas yang diberikan.

5. Refleksi
Guru membuat penilaian kendiri melalui pemerhatian dan tindak balas pelajar terhadap kaedah yang digunakan.


SAMPEL KAJIAN

Kajian telah dijalankan ke atas 5 orang pelajar lelaki iaitu 4 orang dari tingkatan 1 dan seorang dari tingkatan 2. Kajian ini dilakukan dalam tempoh masa sebulan.

SETTING KAJIAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Jalan Landasan, Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Hasil diperolehi daripada kajian yang telah dilakukan melalui proses pengumpulan dan penganalisisan data yang melibatkan beberapa kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan ujian bacaan.


a) Dapatan daripada pemerhatian

Melalui pemerhatian, guru dapat melihat tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ adalah semakin bertambah baik. Pelajar juga dapat mengenal dan menulis huruf–huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.


b) Dapatan daripada temubual

Hasil daripada temubual, guru mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan keyakinan diri mereka apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyah. Pelajar juga memperlihatkan minat mereka untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran. Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.

c) Dapatan daripada ujian bacaan

Pelajar memperlihatkan peningkatan dari segi bacaan oleh semua pelajar yang terlibat. Seterusnya, para pelajar telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bacaan huruf hijaiyah yang tidak bersambung iaitu huruf tunggal.


IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi daripada kajian yang telah dijalankan adalah didapati bahawa para pelajar boleh mengenal huruf-huruf tunggal hijaiyyah dan dapat membaca Iqra’ dengan baik dan praktikal. Di samping itu, ia dapat memperlihatkan peningkatan minat pelajar terhadap bacaan mereka kerana mereka dapat menunjukkan keyakinan diri semasa membaca al-Quran dan meminta guru meneruskan kelas bacaan Iqra’ agar mereka dapat membaca dengan lebih baik lagi.

MAANFAAT DAN PERKONGSIAN ILMU YANG DIPEROLEHI

Melalui kajian yang telah dilakukan, saya mendapat gambaran umum dan memahami proses kajian tindakan ini dilakukan. Saya dapat mengetahui cara untuk membantu pelajar lemah membaca al-Quran dengan mengenal huruf-huruf hijaiyah terlebih dahulu. Di samping, mengetahui bagaimana kaedah untuk membantu pelajar menambahkan minat mereka membaca al-Quran melalui cara yang mudah diikuti pelajar iaitu kaedah Iqra’.