MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
OLEH:
Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dan menilai sejauhmana pelajar masalah pendengaran dapat menguasai perkataan atau istilah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
METODOLOGI
Menggunakan model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
1. Perancangan - Guru mula merancang bagaimana caranya untuk memudahkan pelajarberkomunikasi secara lisan
2. Tindakan - Guru melakukan kaedah ‘verbal repeatition’ semasa proses P&P berlaku dengan menjalankan kaedah tersebut berulang kali supaya pelajar dapat memahami dan menyatakan bunyi yang disebut oleh guru.
3. Pemerhatian - Guru mengutip data melalui beberapa cara iaitu pemerhatian, temubual, rakaman video dan diari.
4. Refleksi - Guru membuat penilaian kendiri dan membuat penambahbaikan daripada pemerhatian yang dilakukan.SAMPEL KAJIAN
Kajian ini telah dilakukan ke atas 19 orang pelajar.
SETTING KAJIAN
Bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Ibrahim Yaacob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Hasil daripada proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah seperti berikut:
Pemerhatian
1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan
2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru
3. Wujud aktiviti bantu-membantu
Temubual
1. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan.
2. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar.
Rakaman video
1. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan.
2. Pada kitar kedua, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas.
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi daripada penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ didapati bahawa adanya peningkatan dari segi keyakinan diri pelajar kerana para pelajar dapat menyebut perkataan dan keadaan ini menunjukkan adanya respon positif dalam kalangan mereka untuk berkomunikasi secara lisan.
PERKONGSIAN ILMU
Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana membantu dan melatih pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan. Pelajar masalah pendengaran sebenarnya perlu dilatih untuk berkomunikasi bukan hanya menggunakan bahasa isyarat tetapi melalui tutur kata kerana ada sesetengah mereka yang berupaya menyebut perkataan. Saya juga dapat mengetahui melalui kaedah ‘verbal repeatition’, ia dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan menyebut perkataan dengan betul. Oleh itu, kajian ini memberi input berguna kepada saya kerana kaedah ini amat membantu guru dan pelajar masalah pendengaran dalam proses P&P. Namun, peranan guru amat penting dalam menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan suara dan meningkatkan keyakinan mereka supaya tidak merasa malu untuk bertutur.
Adakah kajian tersebut bersesuaian dengan maksud kajian tindakan?
-Kajian yang telah dilakukan tersebut adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan kerana ia melibatkan usaha penambahbaikan guru dalam kaedah pengajarannya.
Nyatakan sebab kenapa ianya sesuai.
- Ianya dikatakan sesuai disebabkan pada permulaannya pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu pelajar mempunyai keyakinan yang kurang dalam berkomunikasi secara verbal kerana terbisa dengan penggunaan bahasa isyarat sebagai bahasa utama mereka. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart iaitu membuat perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi dalam proses pengajaran dengan mengaplikasikan kaedah verbal repeatation. Bagi pelajar masalah pendengaran, ada dalam kalangan mereka yang boleh mengeluarkan suara sebenarnya mempunyai potensi untuk menyebut perkataan. Jadi melalui kaedah pengulangan perkataan oleh guru ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk mengeluarkan suara dan menyebut perkataan. Secara langsung melibatkan pelajar dengan komunikasi secara seluruh.
MENINGKATKAN MINAT DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’
OLEH:
HALINA BINTI YUSOF (P48588)
NORSYARIAH BINTI SIRUN (P48694)
TUJUAN
Kajian yang telah dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua yang lemah dalam membaca Al-Quran supaya mereka dapat menguasai dan memperbaiki tahap bacaan mereka dengan baik dan lancar.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Mengetahui sejauhmana tahap kebolehan pelajar dalam membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’.
Objektif Khusus
1) Membantu pelajar dapat mengenal huruf-huruf tunggal hijaiyyah dan baris bacaan sebelum membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’.
2) Melahirkan pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan penggunaan kaedah Iqra’ secara berkesan dan praktikal mengikut hukum tajwid.
PERSOALAN KAJIAN
1) Adakah kaedah Iqra’ dapat membantu pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat dan menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih praktikal?
2) Adakah dengan menggunakan kaedah Iqra’ dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan mempelajari Al-Quran?
3) Sejauhmanakah keberkesanan kaedah Iqra’ dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam Al-Quran
METODOLOGI KAJIAN
model kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart telah digunakan sebagai prosedur kajian iaitu melibatkan proses mengenal pasti masalah, merancang, melaksana, pemerhatian dan refleksi.
1. Mengenal pasti masalahPada peringkat awal, guru mengenal pasti masalah yang timbul dalam pembacaan Al-Quran sama ada pelajar boleh membaca atau pun tidak.
2. MerancangGuru merancang cara yang untuk memudahkan pelajar membaca Al-Quran melalui kaedah Iqra’.
3. MelaksanaGuru mula melaksanakan dengan memperkenalkan kaedah Iqra’ kepada pelajar.
4. PemerhatianGuru membuat pemerhatian terhadap pelajar melalui pembacaan dan tindak balas yang diberikan.
5. RefleksiGuru membuat penilaian kendiri melalui pemerhatian dan tindak balas pelajar terhadap kaedah yang digunakan.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
1) Pengumpulan data
-pemerhatian - dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana guru telah membuat pemerhatian terhadap tahap bacaan al-Quran pelajar. setiapa hari guru mengadakan bacaan Yasin dan mendapati ada pelajar yang tidak tahu membaca.
-temubual - temubual dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sebelum pelaksanaan kajian dilakukan dan selepas pelaksanaan kajian dilakukan bagi mendapat maklum balas pelajar mengenai kaedah yang digunakan sebelum dan selepas menggunakan kaedah Iqra'.
-ujian bacaan - Ujian bacaan dilakukan selepas pelajar dapat mengusai ayat al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ di mana ia adalah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam pembacaan sama ada kaedah tersebut berkesan dan menarik perhatian atau pun tidak.
2) Penganalisisan data
-pemerhatian - guru mendapati bahawa kaedah tersebut berjaya dilakukan kerana adanya respon positif daripada pelajar. pelajar sudah dapat membaca dengan baik.
- temubual - setelah kajian dilakukan pelajar sudah menunjukkan peningkatan dalam pembacaan Al-Quran dan terdapatnya keyakinan dalam diri pelajar untuk membaca Al-Quran. pelajar juga menunjukkan minat untuk mendalami bacaan Al-Quran.
- ujian bacaan- Ujian bacaan dilakukan menggunakan buku Iqra’ jilid 1-3. Ianya dilakukan bagi
mengetahui penguasaan bacaan pelajar. Daripada ujian yang dilakukan ini menunjukkan bahawa adanya peningkatan tahap bacaan dan melibatkan semua pelajar dapat membaca berbanding sebelum kaedah ini digunakan.
DAPATAN KAJIAN
Kajian telah dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan ujian bacaan dalam kalangan pelajar.
Pemerhatian
1) Tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ bertambah baik.
2) Pelajar dapat mengenal dan menulis huruf –huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.
Temubual
1) Menunjukkan sifat keyakinan apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyyah
2) Minat yang mendalam untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran.
3) Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.
Ujian Bacaan
1) Peningkatan daripada semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
2) Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bacaan huruf hijaiyyah yang tidak bersambung (tunggal)
RUMUSAN/ KESIMPULAN
Sebagai rumusan daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelajar-pelajar tersebut boleh mengenal huruf-huruf tunggal hijaiyyah dan dapat membaca Iqra’ dengan baik dan praktikal. Terdapat peningkatan terhadap bacaan mereka dimana ada sifat yakin diri dan menunjukkan minat yang mendalam untuk membaca al-Quran.
KELEMAHAN KAJIAN
-dari aspek pengumpulan data - pengkaji tidak menggunakan rakaman video atau pun audio bagi membuktikan bahawa adanya peningkatan terhadap tahap bacaan pelajar.
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
- Guru perlu mengadakan kelas kemahiran membaca Al-Quran kepada pelajar lemah dan pelajar yang berminat untuk mendalami bacaan Al-Quran.
-Kemudahan tempat atau bilik yang sesuai untuk mengadakan kelas supaya pelajar lebih selesa dan dapat menumpukan perhatian semasa kelas berjalan agar tiada gangguan berlaku.
-Menggunakan buku khat supaya pelajar dapat menulis dan membezakan huruf-huruf hijaiyyah dengan jelas dan mengadakan pertandingan menulis khat atau mengadakan ujian menulis hruf hijaiyah.
-Pendedahan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar khususnya menggunakan CD atau DVD dalam kaedah Iqra’ bagi menarik perhatian pelajar.
-Menggunakan rakaman video atau rakaman audio untuk kajian akan datang.
Adakah kajian tersebut bersesuaian dengan maksud kajian tindakan?
-kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana guru ingin melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam kaedah pengajarannya.
Nyatakan sebab kenapa ianya sesuai..
- Kajian ini adalah sesuai kerana pengkaji telah memperkenalkan kaedah Iqra' dalam pembacaan al-Quran kepada para pelajar. Pengajaran kaedah ini memberi pendedahan asas kepada pelajar untuk mengenali huruf-huruf hijaiyah dengan lebih baik. Kaedah ini merupakan keadah yang dapat menarik minat pelajar kerananya agak mudah dipelajari dan pelajar dapat mengikuti pembacaan al-Quran. Kaedah yang diperkenalkan ini juga meningkatkan tahap penguasaan pembacaan pelajar kerana melalaui hasil yang diperolehi menunjukkan pelajar memberi respon positif.
salam...bolehkah saya dapatkan full jurnal dari puan?
ReplyDelete