Saturday, November 7, 2009

TUGASAN I: ULASAN BUKU


EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH an interpretive discource
By: Christine O’Hanlon

Apa itu kajian tindakan?

Menurut O’Honlan, kajian tindakan adalah

1) Merupakan proses menghimpun dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat
perubahan dan meningkatkan amalan pendidikan di sekolah dan organisasi serta institusi
pendidikan.
2)Ia juga melibatkan perkembangan profesional tentang pengetahuan diri dan melibatkan
ciptaan teori atau kaedah pengkaji tentang pengajaran dan pembelajaran.
3) Merupakan satu bentuk penemuan diri, pembangunan diri dan pemahaman diri.
4) Merupakan transformasi peribadi melalui penggunaan kaedah atau metodologi yang
praktikal untuk melakukan pembaharuan pengajaran. Namun, ianya tidak akan menjadi
pembaharuan tanpa adanya idea dan perancangan oleh orang yang membawa pembaharuan
tersebut.

- Bagi pendapat Kincheloe (1991) dalam buku ini menyatakan bahawa kajian tindakan adalah
suatu tuntutan kuasa yang membenarkan penyelidik melakukan sesuatu kajian ke arah
proses penambahbaikan.

- Apa yang diperkatakan oleh O’Hanlon ini mempunyai persamaan dengan pendapat Johnson
(1993) yang telah dikemukakan dalam jurnal Using Action Research to Implement the
National Geography Standards: Teachers as Researchers
oleh Sarah Witham. Beliau
menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan guru yang cuba mengeluarkan idea
(tindakan) di dalam kelas bagi meningkatkan pengetahuan mereka (kajian) dan memperbaiki
kurikulum, pengajaran dan pembelajaran pelajar.

- Begitu juga dalam jurnal yang berjudul Changes in Vision: Teachers Engaging in Action Research oleh Susan Warnen et.al telah mengemukakan bahawa kajian tindakan
membenarkan guru dalam profesionnya meningkatkan kebijaksanaan melalui kajian yang
dilakukan.

- Selain itu menurut buku lain juga turut mempunyai persamaan dengan pendapat dalam buku ini. Menurut buku Passionate Enquiry and School Development : A Story About Teacher Action Research oleh Marion Dadds iaitu ada mengatakan bahawa kajian tindakan merupakan sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri.
- Dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan ini adalah satu proses yang mana ianya dilakukan untuk meningkatkan lagi amalan harian, memperbaiki dan menambahbaikan fenomena dan masalah yang berlaku di sekitar bidang pendidikan. Guru sebagai penyelidik memainkan peranan penting dalam menjalankan proses kajian yang melibatkan pengeluaran idea untuk membawa pembaharuan dalam fenomena yang dihadapi. Secara tidak langsung penyelidik dapat menilai amalana mereka dan berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam profesion mereka.

Mengapa guru melakukan kajian tindakan?

- Sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah yang berlaku di dalam bilik darjah.
- Melakukan kajian sebagai bukti yang rasional untuk berubah dan mempertimbangkan
tindakan untuk memperbaiki keadaan atau situasi yang tidak memuaskan.
- Memperbaiki kualiti pendidikan dan latihan sosial khusus untuk pendidikan inklusif.
- Membina perkongsian untuk membuka minda individu atau masyarakat.
- Membentuk kemahiran yang dapat meningkatkan kefahaman tentang sekolah dan kerumitan
yang berlaku dalam bilik darjah.
- Dapat menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif terhadap isu-isu pengajaran dalam
pendidikan.

Bila guru melakukan kajian tindakan..

- Guru melakukan kajian tindakan bermula dengan memikirkan situasi masalah yang menjadi
satu keperluan atau tugas sebagai persediaan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.

- Apabila mendapat permasalahan kajian, penyelidikan dan tindakan seterusnya dilakukan
untuk memperbaiki atau membuat penambahbaikan.

Kajian yang dilakukan adalah di dalam kelas dan sekolah iaitu menfokuskan kepada pelajar inklusif.
Model reka bentuk kajian
-Refleksi
-Mengumpul data
-Refleksi
-Merancang
-Refleksi
-Bertindak
-Refleksi
-Menilai
Pengumpulan dan penganalisisan data
1. Soal selidik dan temubual
2. Pemerhatian
3. Jurnal dan autobiografi
4. Merekod
5. Perbincangan
Teknik pengumpulan data
1. Pemantauan/pemerhatian
- guru sebagai penyelidik memainkan peranan utama dalam memantau untuk mengumpulkan bukti dan meransang tindakan. Pemantauan tersebut boleh dilakukan secara terbuka dan seterusnya menfokus kepada satu perkara. Ianya perlu dirancang dan dilakukan dengan teknik-teknik tertentu seperti membuat rakaman.
2. fieldnotes
- merupakan catatan yang diambil daripada pemanatauan guru yang mengandungi maklumat penting.
3. Menggunakan statistik
- pengumpulan data dapat dilakukan secara kuantitatif atau pembuktian melalui angka yang dapat melihatnya secara jelas. Biasanya melibatkan ujian terhadap pelajar bagi mengukur tahap pencapaian mereka.
4. Triangulation
- merupakan teknik yang melibatkan kepelbagaian perspektif iaitu pemerolehan data dari pelbagai individu seperti menggunakan perspektif pelajar, guru dan sebagainya.
5. Temubual
-temubual merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada individu di mana ia dapat dilakukan melalui dua cara iaitu secara formal atau struktur dan secara tidak formal atau tidak berstruktur. Teknik secara formal adalah perlu dijalankan secara terancang dengan menyediakan soalan bertulis dan biasanya ditempat tertutup. Bagi temubual secara informal pula ianya masih terancang namun lebih bebas.
- selain itu, terdapat lagi teknik lain seperti kajian kes, fokus kajian, dan soal selidik.
Teknik Penganalisisan Data
penganalisisan data merupakan satu proses yang perlu dijalan oleh setiap pengkaji di mana melalui proses ini pengkaji akan lebih memahami dan mengetahui lebih jelas lagi apa diperolehi kerana ianya adalah melibatkan bukti. Antara teknik analisis yang boleh digunakan adalah:
1. Data yang diperolehi diteliti secara keseluruhan di mana di mana ia melibatkan penetapan kategori data dengan meneliti semula dan seterusnya membahagikan data tersebut kepada kategori-kategori tertentu.

2. Menganalisis melalui proses sumbangsaran. Melalui draf yang pertama kita boleh membuat refleksi mengenai data yang diperolehi dengan menyemaknya semula. Kita perlu menyemak dengan melihat data mana yang diperlukan atau pun tidak dan seterusnya menyemak kembali dan membuat senarai rangka kerja.

3. Menganalisis data secara perbincangan iaitu data yang diperolehi dibincangkan dalam kumpulan penyelidikan iaitu melibatkan proses perbincangan merumuskan dan menjelaskan dapatan yang diperolehi.

4. Mempersembahkan data iaitu hasil dapatan yang diperolehi dapat dipersembahkan melalui beberapa bentuk seperti jadual, graf, carta dan sebagainya.
Etika dalam Penyelidikan
1) Perlu menunjukkan model yang baik untuk membentuk sosial yang demokratik dan inklusif dalam perkembangan pelajar.

2) Menghormati setiap orang yang terlibat dalam kajian, menerima pandangan antara satu sama lain dan berkomunikasi secara bebas dan jujur dalam memberi idea dan mencadangkan tindakan.

3) Menuntut sebuah wacana yang bertujuan untuk memberi ekspresi bebas dan model penyertaan adalah melibatkan keadilan dan kepercayaan.

4) Setiap projek penyelidikan yang baik adalah yang melibatkan penyertaan aktif dalam amalan profesional di mana ia bergantung kepada pembentukan sebuah kod etika yang perlu diterapkan sejak awal.

Antara kod etika yang perlu dipatuhi oleh penyelidik ketika menjalankan pemerhatian dan temubual adalah.

1) Meminta kebenaran sekolah dan guru terlebih dahulu.

2) Perlu membuat rundingan dengan sekolah dan guru mengenai kaedah kajian yang ingin dijalankan.

3) Perlu meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum mengambil data mengenai anak mereka.

4) Guru perlu mengetahui maklumat mengenai pemerhatian dan temubual yang dijalankan.

5) Sebarang bentuk rakaman video, rakaman suara atau pengambilan gambar perlu dibuat rundingan dengan peserta dan pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment