MENINGKATKAN MINAT DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’
OLEH:
HALINA BINTI YUSOF (P48588)
NORSYARIAH BINTI SIRUN (P48694)
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah Iqra’ dapat membantu para pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat untuk menguasai bacaan al-Quran. Selain itu, ia juga untuk melihat sejauhmana kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan mempelajari al-Quran serta keberkesanan kaedah ini dalam membantu pelajar lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam al-Quran.
METODOLOGI KAJIAN
model kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart telah digunakan sebagai prosedur kajian iaitu melibatkan proses mengenal pasti masalah, merancang, melaksana, pemerhatian dan refleksi.
1. Mengenal pasti masalah
Pada peringkat awal, guru mengenal pasti masalah yang timbul dalam pembacaan Al-Quran sama ada pelajar boleh membaca atau pun tidak.
1. Mengenal pasti masalah
Pada peringkat awal, guru mengenal pasti masalah yang timbul dalam pembacaan Al-Quran sama ada pelajar boleh membaca atau pun tidak.
2. Merancang
Guru merancang cara yang untuk memudahkan pelajar membaca Al-Quran melalui kaedah Iqra’.
3. Melaksana
Guru mula melaksanakan dengan memperkenalkan kaedah Iqra’ kepada pelajar.
4. Pemerhatian
Guru membuat pemerhatian terhadap pelajar melalui pembacaan dan tindak balas yang diberikan.
5. Refleksi
Guru membuat penilaian kendiri melalui pemerhatian dan tindak balas pelajar terhadap kaedah yang digunakan.
SAMPEL KAJIAN
Kajian telah dijalankan ke atas 5 orang pelajar lelaki iaitu 4 orang dari tingkatan 1 dan seorang dari tingkatan 2. Kajian ini dilakukan dalam tempoh masa sebulan.
SETTING KAJIAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Jalan Landasan, Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Hasil diperolehi daripada kajian yang telah dilakukan melalui proses pengumpulan dan penganalisisan data yang melibatkan beberapa kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan ujian bacaan.
a) Dapatan daripada pemerhatian
Melalui pemerhatian, guru dapat melihat tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ adalah semakin bertambah baik. Pelajar juga dapat mengenal dan menulis huruf–huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.
b) Dapatan daripada temubual
Hasil daripada temubual, guru mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan keyakinan diri mereka apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyah. Pelajar juga memperlihatkan minat mereka untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran. Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.
c) Dapatan daripada ujian bacaan
Pelajar memperlihatkan peningkatan dari segi bacaan oleh semua pelajar yang terlibat. Seterusnya, para pelajar telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bacaan huruf hijaiyah yang tidak bersambung iaitu huruf tunggal.
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi daripada kajian yang telah dijalankan adalah didapati bahawa para pelajar boleh mengenal huruf-huruf tunggal hijaiyyah dan dapat membaca Iqra’ dengan baik dan praktikal. Di samping itu, ia dapat memperlihatkan peningkatan minat pelajar terhadap bacaan mereka kerana mereka dapat menunjukkan keyakinan diri semasa membaca al-Quran dan meminta guru meneruskan kelas bacaan Iqra’ agar mereka dapat membaca dengan lebih baik lagi.
MAANFAAT DAN PERKONGSIAN ILMU YANG DIPEROLEHI
Melalui kajian yang telah dilakukan, saya mendapat gambaran umum dan memahami proses kajian tindakan ini dilakukan. Saya dapat mengetahui cara untuk membantu pelajar lemah membaca al-Quran dengan mengenal huruf-huruf hijaiyah terlebih dahulu. Di samping, mengetahui bagaimana kaedah untuk membantu pelajar menambahkan minat mereka membaca al-Quran melalui cara yang mudah diikuti pelajar iaitu kaedah Iqra’.
No comments:
Post a Comment