Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

OLEH:

Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)



PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dan menilai sejauhmana pelajar masalah pendengaran dapat menguasai perkataan atau istilah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

METODOLOGI

Menggunakan model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

1. Perancangan - Guru mula merancang bagaimana caranya untuk memudahkan pelajar
berkomunikasi secara lisan

2. Tindakan - Guru melakukan kaedah ‘verbal repeatition’ semasa proses P&P berlaku dengan
menjalankan kaedah tersebut berulang kali supaya pelajar dapat memahami dan menyatakan bunyi yang disebut oleh guru.

3. Pemerhatian - Guru mengutip data melalui beberapa cara iaitu pemerhatian, temubual, rakaman video dan diari.

4. Refleksi - Guru membuat penilaian kendiri dan membuat penambahbaikan daripada pemerhatian yang dilakukan.

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan ke atas 19 orang pelajar.


SETTING KAJIAN

Bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Ibrahim Yaacob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Hasil daripada proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah seperti berikut:

Pemerhatian
1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan
2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru
3. Wujud aktiviti bantu-membantu

Temubual

1. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan.
2. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar.

Rakaman video
1. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan
menyebut istilah perkataan.
2. Pada kitar kedua, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas.


IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi daripada penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ didapati bahawa adanya peningkatan dari segi keyakinan diri pelajar kerana para pelajar dapat menyebut perkataan dan keadaan ini menunjukkan adanya respon positif dalam kalangan mereka untuk berkomunikasi secara lisan.


PERKONGSIAN ILMU

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bagaimana membantu dan melatih pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan. Pelajar masalah pendengaran sebenarnya perlu dilatih untuk berkomunikasi bukan hanya menggunakan bahasa isyarat tetapi melalui tutur kata kerana ada sesetengah mereka yang berupaya menyebut perkataan. Saya juga dapat mengetahui melalui kaedah ‘verbal repeatition’, ia dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan menyebut perkataan dengan betul. Oleh itu, kajian ini memberi input berguna kepada saya kerana kaedah ini amat membantu guru dan pelajar masalah pendengaran dalam proses P&P. Namun, peranan guru amat penting dalam menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan suara dan meningkatkan keyakinan mereka supaya tidak merasa malu untuk bertutur.

No comments:

Post a Comment