Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan dilakukan.
Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.
Model Kajian Tindakan Ebutt
4) KAJIAN TINDAKAN DEAKIN
Model proses kajian tindakan Deakin adalah berbentuk pilin. Setiap kitaran terdiri daripada empat elemen iaitu terdiri daripada elemen perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian serta penyemakan semula.
5) MODEL KAJIAN TINDAKAN STRINGER
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami.
Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber.
Model kajian tindakan Stringer
maklumat berguna untuk ahli fikir
ReplyDelete