jurnal 1 TAJUK: ACTION RESEARCH AND DISTRIBUTED PROBLEM-BASED LEARNING IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION
By : David McConnell
Kajian ini adalah satu penyelidikan tindakan yang telah dilakukan oleh David McConnell mengenai pembahagian pembelajaran berasaskan masalah. Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) ini adalah untuk menilai pelajar yang dapat bekerja dalam pengagihan kumpulan belajar kecil dan berunding dalam kalangan mereka dengan fokus kepada masalah.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini adalah untuk menilai sejauhmana perkembangan sesebuah kumpulan melalui pembahagian pembelajaran berasaskan masalah dalam kumpulan. Ianya juga adalah untuk melihat apakah yang berlaku dalam kumpulan PBL tersebut.
SAMPEL KAJIAN
Kajian dilakukan ke atas 7 orang pelajar iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan.
PROSIDUR KAJIANMelalui kajian yang telah dilakukan, dengan pengkaji telah membuat kajian berdasarkan tugasan dalam kumpulan di mana berlakunya perbincangan forum yang dikendalikan melalui internet menggunakan Web-ICT.
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
1) transkrip- pengkaji telah menggunakan transkripsi daripada perbincangan pelajar melalui web perbincangan mereka.
2) temubual- perjumpaan secara
face-to-face dilakukan setelah pelajar menyiapkan tugasan mereka.
Analisis data1) Analisis secara menyeluruh dilakukan melalui transkripsi yang diperolehi daripada perbincangan mereka.
-Penyelidik membaca transkrip untuk memahami kerja kumpulan dan mendalami data tersebut. Analisis awal termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan perkongsian idea, pendedahan, perancangan untuk sesi perbualan, rumusan untuk sesi perbualan, pengeluaran dokumen, perbincangan dokumen, perbincangan amalan profesional, perkongsian sumber, pengeluaran perancangan waktu kerja dan sebagainya.
-penyelidik membuat nota dalam lebih kurang 20 muka surat dengan menggunakan tulisan tangan
-menulis isu dengan lebih detail
-menggariskan isu yang menarik
2) Analisis secara kategori
-penyelidik telah merangka secara kategori dengan membuat nota
-cuba mencari bukti untuk menyokong setiap kategori
-membaca sekali lagi
-menulis nota sekali untuk lebih jelas mengikut kategori.
3) Analisis melalui persembahan carta
-penyelidik membuat rumusan dengan menggambarkan perjalanan perbincangan kumpulan
PBL tersebut melalui carta
DAPATANHasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa setiap ahli kumpulan menunjukkan perkembangan positif dalam gerak kerja mereka. perkembangan yang berlaku ini dapat dilihat melalui beberapa fasa iaitu iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3.
1) Fasa pertama- rundingan antara ahli iaitu memperlihatkan adanya kerja kumpulan secara kolaboratif yang meningkat dan melibatkan semua ahli iaitu menyiapkan tugasan bersama. Mereka berunding dan menyelidik masalah, membuat jadual untuk kumpulan, memulakan tugas atau kerja dan menyusun semula jadual berdasarkan pengalaman dan bukti terbaru.
2) Fasa pertengahan- mencirikan organisasi oleh kumpulan itu sendiri dalam 3 sub-kumpulan di mana setiap ahli dalam sub-kumpulan terlibat khususnya bahagian penyelidikan masalah yang diberi.setiap sub-kumpulan memberi fokus dan sumbangan untuk menyiapkan kerja.
3) Fasa akhir- merupakan ciri pengeluaran di mana kumpulan tersebut dapat menyelesaikan masalah dan setiap ahli memberi komen masing-masing.
Melalui kajian yang telah dijalan didapati bahawa pelajar yang terlibat dalam kumpulan menunjukkan perkembangan positif di mana adanya penglibatan semua pelajar dalam menyelesaikan masalah yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan setiap pelajar yang terlibat saling berkomunikasi dan memberi idea masing-masing.
Jurnal 2: THE EFFECT OF PICTURE AND PROMPTS ON THE WRITTING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NOTRHRIDGE
BY : Marily Joshua et.al
Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji bersama beberapa rakan lain iaitu untuk mengkaji kesan penggunaan gambar dan ‘prompts’ dalam penulisan murid sekolah rendah. Terdapat 9 orang guru yang rata-ratanya mempunyai pengalaman selama 6 tahun mengajar terlibat dalam penyelidikan ini.
PERNYATAAN MASALAH
Secara umumnya, penulisan adalah sukar dilakukan oleh murid. Namun, proses penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai kaedah dan strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menggalakkan murid-murid menghasilkan sebuah penulisan. Oleh itu, pengkaji ingin melihat sejauh manakah penggunaan gambar dalam penulisan adalah benar. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat sejauh manakah teknik penggunaan gambar ini berguna dalam proses penulisan dalam kalangan murid.
SAMPEL KAJIAN
Seramai 165 orang murid iaitu 83 orang lelaki dan 82 orang perempuan murid tadika hingga gred 2 telah menjadi sampel dalam kajian ini.
METODOLOGI KAJIANKajian ini merujuk kepada pencapaian pelajar dalam penghasilan penulisan dengan menggunakan gambar dan ‘prompt’ . Melalui penulisan yang dilakukan oleh murid ini pengkaji telah menggunakan gambar yang biasa dan serupa serta penggunaan gambar yang berwarna untuk memudahkan murid mengecam objek yang dipaparkan. Selain itu turut menggunakan ‘prompt’ lisan.
PROSEDUR KAJIAN
1) mengenalpasti masalah
-guru mendapati terdapat kesukaran untuk meminta murid menulis
2) perancangan
-guru mula merancang melalui kajian lepas menyatakan bahawa penggunaan gambar dapat menimbulkan idea dan murid akan berfikir untuk menulis tentang apa yang dilihat melalui gambar. Jadi guru merancang menggunakan gambar dan prompt dalam penulisan murid. gambar berwarna digunakan iaitu gambar strawberi dan tembikai.
3) tindakan
-seterusnya, menjalankan ujian penulisan ke atas murid
4) Pemerhatian
-guru seterusnya, memerhati tindak balas murid menggunakan dua jenis kaedah tersebut.
5) Refleksi
-membuat refleksi terhadap ujian penulisan yang dibuat dan hasil yang diperolehi.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
-Pengumpulan data telah dilakukan melalui hasil ujian penulisan murid.
-guru telah menganalisis data dengan memeriksa hasil penulisan murid. Guru telah mengambil kira beberapa item iaitu dari segi kualiti penulisan, jumlah abjad, jumlah perkataan dan kualiti gambar itu sendiri. Guru juga turut melihat dari sudut makna yang dihasilkan oleh murid. Guru telah menganalisisnya mengikut kategori-kategori tertentu hasil daripada penulisan murid iaitu mengikut kualiti menulis dan bilangan perkataan yang ditulis.
DAPATAN
Paparan dapatan telah dapat dilihat melalui carta pai yang telah dibuat iaitu
adanya peratusan murid yang menggunakan gambar dan prompt, menggunakan prompt sahaja dan terdapat juga peratusan murid yang tidak mengalami apa-apa perubahan. Melalui dapatan yang diperolehi didapati bahawa sebanyak 25% murid mendapat skor tinggi menggunakan ‘prompt’ sahaja. Manakala sebanyak 34% murid mendapat skor tinggi telah menggunakan gabungan gambar dan ‘prompt lisan. walaubagaimanapun, secara umumnya ia tidak menunjukkan peningkatan dan perubahan dalam penulisan mereka.
jurnal 3 TAJUK : "IT'S ABOUT THE KIDS": TRANSFORMING TEACHER-STUDENT RELATIONSHIPS THROUGH ACTION RESEARCHBY : DWIGHT ROGERS et.al
PENGENALAN
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah untuk meningkatkan refleksi dan interaksi antara guru dan pelajar dengan menggunakan beberapa pendekatan yang berkesan. Kajian ini dilakukan oleh guru yang berlainan disiplin dan tahap.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan apabila pengkaji mendapati bahawa
i) kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
ii) pelajar kurang memahami tugas mereka sebagai 'learner"
iii) pelajar kurang bersuara di dalam kelas
SAMPEL KAJIANMelibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi (dinyatakan secara umum)
SETTING KAJIANKajian telah dilakukan di sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi Amerika dengan menjalankan kajian pada setiap sesi pengajaran.
METODOLOGIKajian dilakukan oleh 3 orang pengkaji yang berbeza iaitu Rachel, Jim dan Silvia di sekolah yang berlainan melalui temubual kepada pelajar, temubual bersama ibu bapa pelajar, survey minat pelajar dan memberi latihan menulis serta ilustrasi.
PENGUMPULAN DATA DAN ANALISA DATA:
Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melibatkan 3 orang pengkaji di sekolah yang berbeza, iaitu dibuat oleh Rachel, Jim dan Silvia.
i) Soal selidik (survey) - minat dan kebolehan pelajar terhadap seni
ii) Aktiviti latihan menulis setiap hari
iii) Temubual - dibuat secara individu dengan membincangkan pemilihan penulisan dan ilustrasi
iv) Menyedia dan mengedarkan soalan aneka pilihan kepada pelajar
DAPATAN
Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa guru lebih mengambil berat tentang pelajar, dapat mengetahui minat pelajar dan melalui kajian yang telah dijalankan ini juga menunjukkan adanya peningkatkan dari segi hubungan baik dengan pelajar. Pelajar juga sudah berani bersuara untuk memberi jawapan, mengemukakan pendapat dan idea mereka.
Persamaan dan perbezaan
Jurnal 1 adalah kajian di mana pengkaji lebih kepada menggunakan pendekatan problem based-learning. Pengkaji ingin melihat sejauhmana contribution pelajar dan apakah yang berlaku dalam aktiviti kumpulan kerja yang dibentuk. Pengkaji telah memperkenalkan sistem dalam talian iaitu secara online dengan mewujudkan satu laman web khas untuk pelajar membuat perbincangan mereka tentang kerja atau tugas yang diberikan. Bagi jurnal 2, pengkaji telah mengenalpasti bahawa sukar untuk guru meminta pelajar menulis. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan ujian untuk melihat perkembangan menulis murid dengan penggunaan gambar dan prompt. Jurnal 3 pula adalah lebih kepada kajian untuk meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru kerana guru mendapati kurangnya hubungan interpersonal antara meraka mereka sehingga menyebabkan pelajar kurang berkeyakinan untuk bersuara ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Justeru, bagi mendekati pelajar guru telah menggunakan kaedah latihan, temubual dan soal selidik.
Setting kajian dijalankan juga berbeza iaitu jurnal 1 adalah tertumpu kepada pelajar universiti. Jurnal 2 pula adalah murid sekolah rendah dan jurnal 3 adalah pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi.
Dari segi pengumpulan data pula bagi jurnal 1 menunjukkan kelainan iaitu mengumpul data melalui transkrip perbincangan kumpulan PBL dan melalui temubual antara pelajar. bagi jurnal 2 pula adalah melalui hasil penulisan murid di mana ujian penulisan dijalankan dan guru telah membuat penilaian melalui penulisan tersebut. Manakal jurnal 3 pula menggunakan teknik mengumpul data secara soal selidik, temubual dan hasil kerja pelajar.
Hasil dapatan juga turut menunjukkan perbezaan di mana jurnal 1 dan jurnal 3 adalah menunjukkan peningkatan dan perubahan yang positif. Namun, bagi jurnal 2 tidak menunjukkan perubahan ketara sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan.